Piala Thomas & Uber 2024

Piala Thomas & Uber 2024 (secara rasmi dikenali sebagai TotalEnergies BWF Thomas & Uber Cup Finals 2024 atas sebab penajaan) akan menjadi edisi ke-33 Piala Thomas dan edisi ke-30 Piala Uber, kejohanan antarabangsa badminton dwitahunan yang dipertandingkan oleh pasukan kebangsaan lelaki dan wanita persatuan ahli Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Kejohanan ini akan dihoskan di Chengdu, China dari 28 April hingga 5 Mei 2024.[1]

Piala Thomas dan Uber (2024)
Butiran Kejohanan
Tarikh28 April – 5 Mei 2024
EdisiKe-33 (Piala Thomas)
Ke-30 (Piala Uber)
TahapAntarabangsa
Negara16 (Piala Thomas)
16 (Piala Uber)
VenueGimnasium Pusat Sukan Zon Berteknologi Tinggi Chengdu
LokasiChengdu, China
Laman web rasmibwfthomasubercups.com
2022 Bangkok 2026

India ialah juara bertahan untuk pasukan lelaki, dan Korea Selatan untuk pasukan wanita.

Kelayakan sunting

China layak secara automatik sebagai tuan rumah, manakala India dan Korea Selatan layak sebagai pemegang trofi Piala Thomas dan Piala Uber masing-masing.

Piala Thomas sunting

Kaedah kelayakan Tarikh Tempat Slot Pasukan yang layak
Tuan rumah 28 Februari 2021 Chengdu 1   China
Juara Piala Thomas 2022 5–15 Mei 2022 Bangkok 1   India
Kejohanan Berpasukan Seluruh Afrika 2024 12–15 Februari 2024 Cairo 1   Algeria
Kejohanan Berpasukan Asia 2024 13–18 Februari 2024 Shah Alam 3   Malaysia
  Korea Selatan
  Jepun
Piala Pan Am Lelaki & Wanita 2024 15–18 Februari 2024 São Paulo 1   Kanada
Kejohanan Berpasukan Eropah 2024 14–18 Februari 2024 Łódź 4   Denmark
  Perancis
  England
  Jerman
Kejohanan Berpasukan Oceania 2024 16–18 Februari 2024 Geelong 1   Australia
Kedudukan Pasukan Dunia 20 Februari 2024 Kuala Lumpur 4   Indonesia 1
  Taipei Cina
  Thailand
  Hong Kong
Jumlah 16
  • ↑1 Memandangkan China, pemenang untuk kejohanan kelayakan Asia telah pun layak sebagai tuan rumah, tempat diberikan kepada Indonesia sebagai pasukan Asia terbaik dari Kedudukan Pasukan Dunia. 

Piala Uber sunting

Kaedah kelayakan Tarikh Tempat Slot Pasukan yang layak
Tuan rumah 28 Februari 2021 Chengdu 1   China
Juara Piala Uber 2022 5–15 Mei 2022 Bangkok 1   Korea Selatan
Kejohanan Berpasukan Seluruh Afrika 2024 12–15 Februari 2024 Cairo 1   Afrika Selatan
Kejohanan Berpasukan Asia 2024 13–18 Februari 2024 Shah Alam 4   India
  Indonesia
  Jepun
  Thailand
Piala Pan Am Lelaki & Wanita 2024 15–18 Februari 2024 São Paulo 1   Kanada
Kejohanan Berpasukan Eropah 2024 14–18 Februari 2024 Łódź 4   Denmark
  Perancis
  Scotland
  Sepanyol
Kejohanan Berpasukan Oceania 2024 16–18 Februari 2024 Geelong 1   Australia
Kedudukan Pasukan Dunia 20 Februari 2024 Kuala Lumpur 3   Taipei Cina
  Amerika Syarikat
  Malaysia
Jumlah 16

Rujukan sunting

  1. ^ "Chengdu Ready for TUC 2024".

Pautan luar sunting