Pilihan raya kecil Gopeng 1987

Pilihan raya kecil parlimen Gopeng 1987 diadakan di Gopeng, negeri Perak pada 16 Mei 1987 berikutan perletakan jawatan Presiden MCA (1985-1986) , Tan Koon Swan. Beliau terlibat dalam Skandal Pan-Electric Industries, sebuah syarikat yang berpengkalann di Singapura. Hakim Lai Kew Chai di Mahkamah Tinggi Singapura mendapati beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara dua tahun . Beliau turut dipenjarakan di Malaysia dan diisytiharkan bangkrap .

Dalam pilihan raya ini, calon BN/MCC, DR. Ting Chew Peh menang dengan 12,619 undi.Calon Melayu DAP, Ahmad Nor mendapat 8,096 undi. Sementara Tan Kee Chye (Bebas) mendapat 103 undi dan hilang wang deposit.

Selepas kemenangan itu, Ting Chew Peh dilantik sebagain Timbalan Menteri Belia dan Sukan menggantikan Wang Choon Wing. Dr Ting adalah bekas profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Timbalan Setiausaha Agung MCA..

Rujukan sunting