Buka menu utama

Pirates of the Caribbean (siri filem)

Pirates of the Caribbean merupakan sebuah trilogi filem pengembaraan yang diarahkan oleh Gore Verbinski, ditulis oleh Ted Elliott dan Terry Rossio serta diterbitkan oleh Jerry Bruckheimer. Trilogi ini diterbitkan buat pertama kali di layar perak pada 9 Julai 2003 dengan filem Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl. Selepas kejayaan filem pertamanya, Walt Disney Pictures membongkarkan bahawa sebuah trilogi sedang dibuat. Pirates of the Caribbean: Dead Man's Chest diterbitkan 3 tahun kemudian pada 7 Julai 2006. Filem susulan itu ternyata berjaya, memecahkan rekod dunia dalam hari pertama tayangan. Akhirnya ia memperoleh $1,066,179,725 dalam box office dunia, menjadikannya filem ketiga dan paling cepat mencapai jumlah tersebut. Filem ketiga dalam trilogi ini iaitu Pirates of the Caribbean: At World's End ditayangkan seluruh dunia pada 24 Mei 2007. Keseluruhannya, trilogi ini telah mengaut sebanyak $2.79 bilion seluruh dunia. Filem keempat , iaitu Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides, akan ditayangkan di pawagam pada tahun 2011.

Pirates of the Caribbean
Lanun Caribbean
PengarahGore Verbinski
PenerbitJerry Bruckheimer
PenulisTed Elliott
Terry Rossio
Dibintangi olehJohnny Depp
Orlando Bloom
Keira Knightley
Geoffrey Rush
Jack Davenport
Jonathan Pryce
Kevin McNally
Mackenzie Crook
Lee Arenberg
Bill Nighy
Tom Hollander
Naomie Harris
Stellan Skarsgård
Chow Yun-Fat
PengedarWalt Disney Pictures
Mula ditayangkan
2003 – sekarang
Tempoh tayangan
461 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
Pecah panggung$2.7 bilion

Pautan luarSunting