Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl

Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl (Lanun Caribbean: Sumpahan Mutiara Hitam) ialah sebuah filem fantasi pengembaraan Amerika Syarikat tahun 2003 bersama Gore Verbinski dan diterbit bersama Walt Disney Pictures dan Jerry Bruckheimer dibintangi Johnny Depp, Orlando Bloom, Keira Knightley dan Geoffrey Rush. Filem ini filem pertama dalam siri Pirates of the Caribbean, berdasarkan salah satu tarikan taman-taman tema Walt Disney bertajuk sama.[1] Ia mendapat tayangan perdananya di Anaheim, California pada 28 Jun 2003.

Pirates of the Caribbean:
The Curse of the Black Pearl
Lanun Caribbean: Sumpahan Mutiara Hitam
PengarahGore Verbinski
PenulisCerita:
Ted Elliott
Terry Rossio
Stuart Beattie
Jay Wolpert
Lakon layar:
Ted Elliott
Terry Rossio
Dihasilkan olehJerry Bruckheimer
DibintangiJohnny Depp
Orlando Bloom
Keira Knightley
Geoffrey Rush
Jack Davenport
Jonathan Pryce
SinematografiDariusz Wolski
Disunting olehStephen E. Rivkin
Arthur Schmidt
Craig Wood
Muzik olehGubahan:
Klaus Badelt
Produksi:
Hans Zimmer
Diedarkan olehWalt Disney Pictures
Buena Vista Pictures
Tarikh tayangan
Amerika Syarikat
Kanada:
9 Julai 2003
United Kingdom:
8 Ogos 2003
Masa tayangan
143 min.
NegaraAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
Bajet$140 juta
Pecah panggung$654,264,015

Filem ini filem cetera keluaran Disney pertama dikelaskan PG-13 oleh MPAA. Ia juga mendapat sambutan kritis positif kerana persembahan lakonan, jalan cerita serta aksi penuh lagak ngerinya. Johnny Depp terutamanya mendapat pujian kerana lakonannya sehingga dicalonkan dalam Anugerah Akademi, Akademi Seni Filem dan Televisyen Britain dan Anugerah Golden Globe serta melonjaknya masyhur.

Jalan cerita sunting

Anak perempuan seorang gabenor kota pelabuhan Port Royal, Jamaica mula mendatangkan perhatian banyak lanun-lanun sekitar suatu kapal berhantu yang disumpah penangan suatu pingat emas aneh yang dijumpainya.

Barisan pelakon sunting

  • Johnny Depp sebagai Jack Sparrow: seorang lanun eksentik dan gila-gila. Depp mendasarkan wataknya menyamakan reputasi lanun-lanun zaman abad ke-18, beliau kemudiannya membentuk watak Jack dari perwatakan Keith Richards.[2]
  • Geoffrey Rush sebagai Barbossa: kapten Black Pearl, berikutan suatu dahagi menentang Jack Sparrow di kapalnya
  • Orlando Bloom sebagai Will Turner: anak didik seorang tukang besi bekerja di Port Royal, dia jatuh hati kepada Elizabeth Swann.
  • Keira Knightley sebagai Elizabeth Swann: anak seorang gabenor memerintah Port Royal serta protagonis utama filem
  • Jack Davenport sebagai Comm. James Norrington: seorang pegawai Tentera Laut Diraja British yang menaruh hati kepada Elizabeth /
  • Jonathan Pryce sebagai Weatherby Swann:[3] Gabenor Port Royal, dan ayah Elizabeth Swann.
  • Kevin R. McNally sebagai Joshamee Gibbs: sahabat dan pembantu pelayaran Jack Sparrow, pernah bekerja dalam tentera laut British.
  • Lee Arenberg sebagai Pintel: anggota Black Pearl.
  • Mackenzie Crook sebagai Ragetti: anggota Black Pearl, sahabat Pintel. Dia mempunyai sebiji mata palsu kayu terpasang longgar
  • Zoe Saldana sebagai Anamaria: seorang nakhoda berselisih dengan Jack Sparrow kerana mencuri kapaknya
  • David Bailie sebagai Cotton: seorang lanun bisu bergantung kepada burung kakatua peliharaannya
  • Greg Ellis sebagai Officer: seorang pegawai Tentera Laut bawahan Norrington.

Sambutan sunting

Penerimaan kritis sunting

Laman penghimpun ulasan Rotten Tomatoes memberi penggredan 79% berdasarkan 219 ulasan diberikan serta rating purata 7.11/10.[4] Metacritic pula memberikan skor purata 63 peratus 100 berdasarkan 40 ulasan positif.[5] Penonton dipilih CinemaScore memberikan gred "A" dalam skala dari A+ hingga F.[6]

Kutipan panggung sunting

Ramai wartawan menjangkakan pada awalnya Pirates of the Caribbean akan gagal untung kerana beberapa faktor: genre pengembaraan lanun yang dianggap sukar menawan hati penonton lagi-lagi dengan kegagalan Cutthroat Island (1995) yang bergenre sama, cerita berdasarkan suatu taman temanya yang dianggap leceh serta taraf Johnny Depp yang kurang menonjol dalam filem sembarangan selain yang mendapat peminat berdedikasi.[7]

Filem ini memungut sebanyak $46,630,690 pada hujung minggu pertamanya dan $70,625,971 sejak pembukaan pada hari Rabu; sebanyak 50.64 juta tiket terjual se-Amerika Syarikat menurut Box Office Mojo.[8]. Ia mengutip USD$654,264,015 seluruh dunia ($348,850,097 luar A.S), lalu menjadi filem keempar paling laris 2003 bertahan selama tujuh minggu[9]

Rujukan sunting

  1. ^ "Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl (2003)". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada August 24, 2011. Dicapai pada October 15, 2012.
  2. ^ Stax (2003-06-25). "Depp & Bruckheimer Talk Pirates". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-05. Dicapai pada 2007-05-13.
  3. ^ Gore Verbinski, Johnny Depp (2003). Audio Commentary (DVD) |format= requires |url= (bantuan). Buena Vista.
  4. ^ "Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl Movie Reviews". Rotten Tomatoes. Flixter. Diarkibkan daripada yang asal pada June 19, 2013. Dicapai pada February 2, 2020.
  5. ^ "Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl Reviews, Ratings, Credits". Metacritic. CBS Interactive. Diarkibkan daripada yang asal pada October 22, 2012. Dicapai pada August 21, 2010.
  6. ^ "CinemaScore". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-20. Dicapai pada 2020-10-19.
  7. ^ Chris Nashawaty. "Box Office Buccaneer". Entertainment Weekly. Diarkibkan daripada yang asal pada May 29, 2013. Dicapai pada May 18, 2007.
  8. ^ "Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl (2003)". Box Office Mojo. Diarkibkan daripada yang asal pada February 7, 2017. Dicapai pada May 31, 2016.
  9. ^ "Overseas Total* Box Office Index". Box Office Mojo. IMDb. Diarkibkan daripada yang asal pada May 15, 2013. Dicapai pada February 10, 2012.

Pautan luar sunting