Pitis
Pitis (Jawi: ڤيتيس , ejaan lama ڤيتس[1]) merupakan unit mata wang logam seperti tembaga atau timah yang digunakan di beberapa kerajaan Nusantara.
Sejarah
suntingDi Brunei
suntingNilai ini juga dikenali dengan nama kue (terutamanya keluaran China), paku, atau picil menurut catatan Antonio Pigafetta.[2] Pigafetta menerangkan pada masa beliau berlabuh di Brunei tahun 1521 bahawa picil yang digunakan beliau mempunyai lubang di tengah agar dapat dimasukkan tali serta empat penjurunya mempunyai 4 aksara bertulis "Raja Besar China".[2] 4000 pitis bernilai sama dengan 1 dolar Sepanyol.
Matawang ini digantikan dengan dolar Selat pada kadar bersamaan 4000 pitis[3] atau 800 paku[4] setaraf.
Di Palembang
suntingPitis digunakan sebagai mata wang utama Kesultanan Palembang dari zaman pemerintahan Sultan Abdulrrahman Khaifatul Mukminin Sayidul Imam[5] sehingga ia dibubarkan kerajaan Belanda tahun 1823. Pitis-pitis ini lazim diperbuat dari timah tulen dan timah hitam baik "tebuk" mahupun "buntu" atau tidak berlubang dengan tulisan Jawi dan tarikh hijriyah ia dihasilkan.[6][7] Pitis-pitis tebuk diikat bersama manakala pitis buntu disimpan berbalut daun dalam suatu kotak kupat.
Di Pantai Timur Semenanjung
suntingKelantan dan Terengganu menggunakan pitis sebagai salah satu nilai mata wang berurus niaga: 10 pitis bersamaan dengan 1 keping. Ia digantikan dengan dolar Selat tahun 1909
Rujukan
sunting- ^ Wilkinson, Richard James (1901). "pitis". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 136. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
- ^ a b Rozan Yunos (12 Ogos 2007). "Brunei history seen through its coinage". The Brunei Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 November 2007.
- ^ Krause, Chester L. dan Clifford Mishler (1991). Katalog Piawai Duit Syiling Dunia: 1801–1991 (ed. ke-18). Krause Publications. ISBN 0873411501.
- ^ Old Brunei Coins - last retrieved 7 June 2008
- ^ "PITISCOIN™ : CONNECTING THE FUTURE TECHNOLOGY" (dalam bahasa Inggeris). Pitiscoin.asia. 2019. Dicapai pada 24 March 2019.
- ^ Frank S. Robinson (frank@fsrcoin.com) (2015). "PALEMBANG COINS" (dalam bahasa Inggeris). ANCIENT COINS/WORLD COINS - FRANK S. ROBINSON. Dicapai pada 24 March 2019.
- ^ The trustees of the British Museum. (2019). "Brass pitis (cash) of the Sultanate of Palembang " (dalam bahasa Inggeris). Google Arts & Culture. Dicapai pada 24 March 2019.