Kelumpang telur

spesies tumbuhan
(Dilencongkan dari Pokok Kelumpang Telur)

Kelumpang telur (juga kelompang telur; nama botani: Agave angustifolia)[2] ialah spesies tumbuhan dari genus Agave yang tumbuh asli di Mexico dan Amerika Tengah.[3]

Kelumpang telur
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Monokot
Order: Asparagales
Keluarga: Asparagaceae
Genus: Agave
Spesies:
A. angustifolia
Nama binomial
Agave angustifolia
Gambar daun kelumpang telur dengan hujung daun yang amat tajam.

Botani sunting

Daun kelumpang telur berbentuk mata lembing berwarna hijau serta tepi berwarna hijau pucat, kuning atau putih.[2] Daunnya lebih tebal daripada daun nanas.[2] Setiap helai daun mempunyai duri yang keras dan tajam di hujungnya.

Ia mempunyai getah yang boleh menyebabkan keradangan kimia.[4]

Bunganya tumbuh pada pucuk batang bulir yang bercabang-cabang, batang ini tumbuh sehingga 3–6 meter.[2]

Kegunaan sunting

Pokok kelumpang telur ditanam untuk menghiasi halaman rumah atau tepi jalan. Durinya pada daun-daun pokok yang ditanam ini digunting dan dibuang untuk mengelak daripada tertusuk.[4] Kadang-kadang duri ini ditutup dengan kulit telur yang telah kosong, juga semacam hiasan.[perlu rujukan]

Umbutnya dimasak dan ditapai untuk dibuat minuman keras di Mexico.[2]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ García-Mendoza, A.J.; Casas, A.; González-Elizondo, M.; Torres-García, I.; Véliz, M.; Sandoval-Gutiérrez, D.; Hernández Sandoval, L. (2019). "Agave angustifolia". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2019: e.T96899948A96899951. doi:10.2305/IUCN.UK.2019-3.RLTS.T96899948A96899951.en. Dicapai pada 20 November 2021.
  2. ^ a b c d e Hean Chooi Ong (2006). Tanaman hiasan: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 38, 148–149. ISBN 9789676118929.
  3. ^ "Agave angustifolia Haw". Plants of the World Online. Royal Botanical Gardens, Kew. 2023. Dicapai pada 1 Ogos 2023.
  4. ^ a b "Cantik dipandang, jangan sampai tercucuk duri". Berita Harian. 11 Mac 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 April 2007.