Putat laut

(Dilencongkan dari Pokok Putat Laut)

Putat laut, putat gajah atau butun (nama saintifik: Barringtonia asiatica[4][5]) merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh di pantai-pantai wilayah tropika di Lautan Hindi dari pesisiran Afrika Timur ke Madagaskar hingga kawasan Malesia merangkumi Nusantara sejauh Maluku,[6] malah ke pulau-pulau di Pasifik barat.

Putat laut
Barringtonia asiatica (flower).jpg
Daun dan bunga yang mekar
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
B. asiatica
Nama binomial
Barringtonia asiatica
Sinonim[2][3]

BotaniSunting

Pokok putat laut boleh tumbuh mencecah ketinggian sebanyak 30 meter dengan banyak dahan mencabang.[5] Daun-daunnya besar berukuran 20-30 sm lebar sehelai meruncing di pangkalnya.[4]

Bunganya berwarna putih 4 kelopak sekuntum[4] dengan banyak stamen putih panjang berhujung merah.[6] Buah putat yang terhasil berbentuk tetrahedral/piramid seperti buah delima dengan diameter 10-15 sm;[6] ia bertukar warna keperangan apabila masak. Setiap buah ini mempunyai satu biji benih[4] yang mudah terapung membolehkan ia tersebar sepanjang pesisiran laut dan pulau-pulau.[5]

KegunaanSunting

Tujuan perubatanSunting

Daun putat laut dan mengkudu diperah airnya untuk merawat sakit perut. Daun-daun putat segar sendiri boleh digunakan untuk merawat luka dan penyakit kulit seperti kudis setelah dilayurkan atas api.[5]

Lain-lainSunting

Pokok ini kadangkala ditanam sebagai tanaman hiasan.[6] Kayu pokok ini dapat dipergunakan sebagai bahan membuat rumah dan perahu.[5]

Pohon dan bijinya mengandung saponin yang dapat digunakan sebagai racun ikan dicampur bersama akar tuba.[4][6][5]

Minyak yang berwarna kemerahan dapat diperoleh dengan memanaskan dan memeras bijinya; cairan yang diperoleh ini dapat digunakan sebagai pelekat dalam pembuatan payung, serta untuk membunuh ektoparasit seperti lintah.[6]

RujukanSunting

  1. ^  Under its treatment as Barringtonia asiatica (from its basionym Mammea asiatica L.), this species was published in Preliminary Report on the Forest and other Vegetation of Pegu App. A: 65. 1875. "Name - Barringtonia asiatica (L.) Kurz". Tropicos. Saint Louis, Missouri: Missouri Botanical Garden. Dicapai pada 15 Mei 2014.
  2. ^ "Name - Mammea asiatica L. synonyms". Tropicos. Saint Louis, Missouri: Missouri Botanical Garden. Dicapai pada November 1, 2011.
  3. ^  Mammea asiatica L. (the basionym to Barringtonia asiatica) was originally described and published in Species Plantarum 1: 512–513. 1753. "Name - Mammea asiatica L." Tropicos. Saint Louis, Missouri: Missouri Botanical Garden. Dicapai pada May 15 2014. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  4. ^ a b c d e Hwee Ling Koh; Tung Kian Chua; Chay Hoon Tan (2009). A Guide to Medicinal Plants: An Illustrated, Scientific and Medicinal Approach. Singapura: World Scientific Publishing. m/s. 24–25, 167. ISBN 978-981-283-709-7.
  5. ^ a b c d e f C.L. Naimah; M. Y. Azahari; W. M. Wan Nafizul (4 Januari 2013). "Putat: si pengembara laut". Institut Penyelidikan Hutan Malaysia. Dicapai pada 5 Julai 2021.
  6. ^ a b c d e f "Barringtonia asiatica". Indonesia Mangrove. Wetlands International Indonesia. Dicapai pada 15 Mei 2014.

Pautan luarSunting