Politik Timor Leste

Dalam politik Timor Leste, Perdana Menteri merupakan ketua kerajaan.

Rusuhan 2006 sunting

Tindakan Perdana Menteri Mari Alkatiri yang membuang 600 orang tentera telah mencetuskan beberapa siri rusuhan, pemberontakan dan keganasan di Dili, Timor Leste.

Banyak pihak di dalam dan luar Timor Leste mendesak Perdana Menteri, Mari Alkatiri meletakkan jawatan bagi meredakan ketegangan di Timor Leste. Antara pihak yang mendesak ialah Xanana Gusmao. Beliau meletakkan jawatan pada 26 Jun 2006 berikutan siri keganasan yang meragut 30 nyawa dan menyebabkan 150,000 orang berpindah.

Kabinet Baru 2006 sunting

Pada 14 Julai 2006, José Ramos Horta dilantik sebagai Perdana Menteri Timor Leste yang baru. Beliau turut menjadi Menteri Pertahanan Timor Leste.

Duta Timor Leste ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Jose Luis Guterres dari Parti Fretilin dilantik sebagai Menteri Luar. Jose Teixera dilantik sebagai Menteri Sumber Alam, Mineral dan Tenaga.