Portal:Anime dan manga/Rencana pilihan/6

One Piece (Jepun: ワンピース, Hepburn: Wan Pīsu) atau dikenali dengan nama Budak Getah di Malaysia merupakan manga hasil karya oleh Eiichiro Oda. Ia mengisahkan pengembaraan sekumpulan sahabat yang belayar bersama-sama mengejar impian masing masing. Pada 14 Jun 2015, diumumkan bahawa Eiichiro Oda dan One Piece telah menerima anugerah Guinness World Records bagi "Salinan komik terbanyak". Kisah bermula 12 tahun sebelum era lanun, Raja Lanun Gol D. Roger semasa hari pemancungannya sambil tersenyum telah meninggalkan wasiat, dia menyerahkan harta karunnya One Piece kepada sesiapa sahaja yang menemuinya. Setelah kematian Gol D. Roger ramai orang menjadi lanun dan berlepas ke Grand Line untuk mencari One Piece dan era lanun pun bermula. One Piece berkisar mengenai seorang lanun muda bernama Monkey D. Luffy yang memulakan pengembaraan dan mengumpulkan anak kapal secukupnya untuk berlayar merentangi Grand Line mencari harta karun legenda One Piece.