One Piece
One Piece (ワンピース Wan Pīsu, dikenali dengan nama Budak Getah di Malaysia) merupakan manga hasil karya Eiichiro Oda yang mengisahkan pengembaraan sekumpulan sahabat yang belayar merentasi lautan samudera bersama-sama mengejar impian masing masing. Pada 14 Jun 2015, terdapat pengumuman bahawa Eiichiro Oda dan One Piece telah menerima anugerah Rekod Dunia Guinness bagi "Salinan komik terbanyak". [1]
One Piece | |
![]() One Piece jilid ke-75 diterbitkan oleh syarikat Shueisha pada September 2014 | |
Genre | Aksi, Pengembaraan, Komedi, Shōnen, Drama, Fantasi, Ketenteraan, Misteri |
---|---|
Manga | |
Pengarang | Eiichiro Oda |
Ilustrasi | Eiichiro Oda |
Penerbit | ![]() |
Penerbit Lain | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Majalah Asal | Weekly Shonen Jump |
Tarikh Pengeluaran | 19 Julai 1997 – kini |
Jilid | 1-89 |
Anime | |
Pengarah | Konosuke Uda (Episod #1-243) Munehisa Sakai (Episod #244-372) Hiroaki Miyamoto (Episod #373-kini) |
Penerbit | Makoto Seino Hiroyuki Sakurada |
Skrip/Penulis | Junki Takegami (1999–2006) Hirohiko Uesaka (2006–kini) |
Lagu/Muzik | Kohei Tanaka Shiro Hamaguchi |
Studio | Toei Animation |
Dilesenkan oleh | ![]() ![]() |
Penyiaran Asal | ![]() |
Penyiaran Lain | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Dikeluarkan pada | 20 Oktober 1999 – kini |
Plot cerita
Kisah bermula 12 tahun sebelum era lanun, Raja Lanun Gol D. Roger semasa hari pemancungannya sambil tersenyum telah meninggalkan wasiat, dia menyerahkan harta karunnya One Piece kepada sesiapa sahaja yang menemuinya. Setelah kematian Gol D. Roger ramai orang menjadi lanun dan berlepas ke Grand Line untuk mencari One Piece dan era lanun pun bermula.
One Piece berkisar mengenai seorang lanun muda bernama Monkey D. Luffy yang memulakan pengembaraan dan mengumpulkan anak kapal secukupnya untuk berlayar merentangi Grand Line mencari harta karun legenda One Piece.
Kisah bermula semasa Lanun Shanks rambut merah menjadikan kampung halaman Luffy sebagai pangkalannya. Setelah sekian lama, Shanks telah bersedia untuk meninggalkan kampung Luffy untuk belayar ke Grand Line, pada hari itu Luffy telah menyatakan hasratnya kepada Shanks untuk menjadi raja lanun dan mengumpulkan anak kapal yang jauh lebih hebat daripada anak kapal Shanks. Shanks yang teruja dengan kata-kata Luffy telah mengamanahkannya dengan topi jerami kesayangannya dan meminta Luffy menyerahkannya kembali kepada Shanks setelah Luffy menjadi lanun terkuat kelak.
Di sepanjang pengembaraannya, seorang demi seorang anak kapal telah menyertai Luffy, setiap daripada mereka memiliki keistimewaan tersendiri, termasuklah sikap yang tidak masuk akal dan pendirian yang berbeza namun memiliki suatu persamaan, mereka pernah melalui saat yang sukar dan menyayat hati suatu ketika dahulu dan mempunyai impian hidup sendiri serta semangat setiakawan yang tidak berbelah bagi.
Luffy kemudian menerima sebuah kapal bernama Going Merry atau Merry Go sebagai tanda terima kasih daripada penduduk kampung sebuah pulau. Sepanjang pengembaraan mereka Going Merry telah menerima banyak kerosakkan yang hampir mustahil untuk dibaiki kerana ketiadaan tukang baiki kapal sehinggakan akhirnya mereka terpaksa meninggalkan kapal tersebut dan membakarnya melalui upacara pengkebummian ala Viking sebagai tanda menghormati ahli penting. Luffy kemudian menerima sebuah lagi kapal yang baru daripada salah seorang anak kapal sebagai tanda penghargaan, kapal ini dipanggil Thousand Sunny dan memiliki struktur yang lebih besar dan dibina dari kayu Adam mempunyai struktur paling kukuh dalam dunia serta memiliki banyak kelebihan lain.
Abang angkat Luffy, Portgas D. Ace juga anak kandung raja lanun Rojer. Ace telah dibunuh oleh Sakazuki semasa peperangan antara Lanun Janggut Putih (Whitebeard) dan tentera laut di pengkalan utama tentera laut (Marineford). Ace sanggup dibunuh demi menyelamatkan Luffy dari serangan Sakazuki. Kematian Ace membuat Si Janggut Putih naik angin dan sanggup berlawan sehingga tergadai nyawanya.
Selepas peperangan di Marinefold. Luffy dan rakan-rakannya mulakan latihan bertapa selama dua tahun. Luffy mula belajar teknik haki (memperhebatkan pancaindera) daripada bekas pembantu raja lanun iaitu Silvers Rayleigh. Zoro sanggup gadai maruahnya untuk belajar ilmu pedang daripada Dracule Mihawk raja pendekar pedang. Nami belajar ilmu kaji cuaca di Dunia Baru. Usopp berlatih menembak dan kuatkan badannya. Sanji berlatih bersama pakar penumbuk Newkama. Chopper mengaji ubat terkuat. Nico Robin berlatih bersama ayah Luffy iaitu Dragon. Franky mencipta rekabentuk peringsai badannya. Brook ditangkap oleh ahli sarkas.
Setelah dua tahun bertapa, Luffy dan rakan-rakan bertemu semula di Pulau Sabaody dan mula berlayar ke Pulau Manusia-Ikan. Selepas itu, Luffy dan rakan-rakan ke Pulau Punk Hazard. Di Pulau Punk Hazard, Law bercadang menjadi pakatan lanun bersama Pasukan Lanun Topi Jerami. Luffy setuju cadangan oleh Law. Tujuan Law dan Pasukan Lanun Topi Jerami di Pulau Punk Hazard iaitu menyelamatkan kanak-kanak yang telah diculik oleh Ceasar, menangkap Ceacar dan musnakan penghasilan buah syaitan buatan manusia iaitu "SAD". Selepas menangkap Ceasar, Pasukan Lanun Topi Jerami dan Law menunju ke Pulau Dressrosa. Law mengugut DoFlamingo untuk meletak jawatan sebagai Raja Dressrosa dan ahli 7 pahlawan tentera laut diraja (Ouka Shichibukai) untuk mendapat balik Ceasar.
Latar
Dunia One Piece dilitupi dua lautan luas, yang dibahagi oleh sebuah pergunungan besar yang digelar Red Line. Grand Line ialah bahagian laut yang serenjang dengan Red Line, lagi membahagikan lautan tersebut menjadi empat laut: Laut Utara, Laut Timur, Laut Selatan dan Laut Barat (North Blue, East Blue, South Blue, West Blue). Di sekeliling Grand Line adalah kawasan yang dipanggil Calm Belts, kawasan yang tidak mempunyai tiupan angin dan arus laut dan menjadi tempat pembiakan makhluk air yang besar yang digelar Sea Kings. Oleh itu, Calm Belts menjadi cabaran hebat untuk mereka yang ingin memasuki Grand Line. Kapal marin diperbuat daripada sejenis batu sakti yang membolehkan mereka menyembunyikan kehadiran mereka apabila mereka melintasi Calm Belts.
Buah Devil (Devil Fruit) ialah sejenis buah yang apabila dimakan, ia akan memberi kuasa kepada pemakan. Buah Devil mempunyai tiga kategori. Buah Devil jenis Zoan membolehkan pengguna untuk berubah sebahagian atau sepenuhnya menjadi haiwan tertentu. Jenis Logia pula membolehkan pengguna mengawal dan mengubah struktur badan mereka menjadi kuasa alam seperti asap, api, pasir dan lain-lain lagi. Jenis Paramecia ialah kategori lain-lain yang membolehkan pengguna mendapat kebolehan luar biasa.
Watak
Watak utama dalam One Piece ialah kumpulan Lanun Topi Jerami, kumpulan lanun yang setakat ini terdiri daripada sembilan orang.
Media
Manga
Penulis dan pelukis oleh Eiichiro Oda, One Piece bersiri dalam antologi manga Weekly Shōnen Jump bermula pada 19 Julai 1997. Bab-bab telah diterbitkan ke dalam jilid tankōbon oleh Shueisha sejak 24 Disember 1997. Pada Ogos 2018, terdapat 912 bab dan 89 jilid tankōbon.
Siri One Piece telah dilesenkan untuk mengeluarkan dalam versi bahasa Inggeris oleh Viz Media, dalam majalah Shonen Jump, sejak dilancarkan majalah itu pada November 2002, dan dalam jumlah yang terikat sejak Jun 2003. Pada tahun 2009, Viz Media mengumumkan lima jilid teleh dikeluarkan dalam sebulan di Amerika Utara dalam tempoh separuh pertama tahun 2010, sangat meningkatkan jumlah itu. Di United Kingdom, jilid telah diterbitkan oleh Gollancz Manga, bermula Mac 2006, sehingga Viz Media menggantikannya selepas jumlah keempat belas. Di Australia dan New Zealand, versi bahasa Inggeris telah diedarkan oleh Madman Entertainment sejak 10 November 2008. Di Poland, Japonica Polonica Fantastica adalah penerbitan manga - pada Januari 2014, dua puluh enam jilid telah dikeluarkan.
Di Malaysia, edisi bersiri dikeluarkan dalam majalah Kreko dan jilid tankōbon diedarkan oleh Comics House yang telah keluarkan sejak tahun 2000. Pada Mei 2016, Comics House telah pasarkan 81 buah jilid dan terakhir dipasarkan.
Anime
Toei Animation menghasilkan siri televisyen anime berdasarkan bab-bab manga, juga bertajuk One Piece. Siri ini ditayangkan di Jepun di Fuji TV pada 20 Oktober 1999. Sejak itu, siri ini masih berterusan telah disiarkan lebih daripada 800 episod dan telah dieksport ke sebahagian negara di seluruh dunia.
Filem anime
Tiga belas filem animasi berdasarkan siri One Piece telah dikeluarkan di Jepun. Filem-filem tradisional yang dikeluarkan semasa cuti sekolah musim bunga Jepun sejak tahun 2000. Filem-filem bercirikan serba lengkap, plot sepenuhnya asal atau penceritaan kembali silih ganti lengkok cerita dengan animasi yang berkualiti tinggi daripada siri anime yang disiarkan pada setiap minggu.
Permainan video
One Piece telah disesuaikan ke dalam permainan video berganda diterbitkan oleh anak syarikat Bandai dan kemudian sebagai sebahagian daripada Namco Bandai Games. Permainan telah dikeluarkan pada pelbagai permainan video dan konsol pegang tangan. Siri ini menampilkan pelbagai genre, kebanyakannya peranan bermain-jenis utama pada awal siri 'tahun-dan permainan pertempuran, seperti judul Grand Battle! sub-siri.
Siri ini memulakan kerjaya di Jepun pada 19 Julai 2000 iaitu "From TV Animation - One Piece: Become the Pirate King!" (Dari animasi TV - One Piece: Akan Menjadi Raja Lanun!). Sehingga 2013, pada masa ini terdapat lebih 30 permainan dalam siri ini. Selain itu, Salah satu watak-watak One Piece telah muncul dalam pelbagai permainan, seperti Battle Stadium DON dan Jump Ultimate Stars, yang mempunyai watak-watak dari francais lain Shonen Jump.
Muzik
Suara latar Myriad telah dikeluarkan kepada anime, filem dan permainan. Muzik untuk siri anime One Piece dan kebanyakan filem-filem yang telah diarahkan oleh Kohei Tanaka dan Shiro Hamaguchi. Pelbagai lagu-lagu tema dan lagu-lagu watak dikeluarkan dengan sejumlah 49 orang. Kebanyakan lagu-lagu yang juga dipaparkan di enam album kompilasi dan pada 16 CD suara latar.
Sehingga 2018, siri anime One Piece menggunakan 39 lagu tema; 20 lagu pembukaan dan 19 lagu penutupan. Sejak episod 279, lagu tema penutupan berakhir telah ditamatkan, bermula dari episod 326 sehingga kini lagu pembukaan dilanjutkan sepanjang 40 saat.
Rujukan
Pautan luar
- Laman sesawang rasmi One Piece (Jepun)
- Laman sesawang rasmi manga One Piece oleh Weekly Shōnen Jump (Jepun)
- Laman sesawanng animasi One Piece oleh Toei Animation (Jepun)
- Laman sesawang peminat oleh Team Budak Getah (Malaysia)
- One Piece (manga) di Ensiklopedia Anime News Network
- One Piece (anime) di Ensiklopedia Anime News Network