Portal Burundi

Bendera Burundi
Bendera Burundi
Jata negara Burundi
Jata negara Burundi
Peta Burundi dalam Afrika.

Burundi (/bəˈrʊndi/) atau nama rasminya Republik Burundi (Bahasa Kirundi: Republika y'Uburundi; Bahasa Perancis: République du Burundi) ialah negara tanpa laut yang terletak di kawasan Tasik-tasik Besar di timur Afrika, bersempadan dengan Rwanda di utara, Tanzania di selatan dan timur serta dengan Republik Demokratik Congo di barat. Negara ini juga dianggap sebahagian daripada Afrika Tengah. Sempadan barat daya negara ini adalah bersebelahan dengan Tasik Tanganyika, dengan bandar terbesar Bujumbura terletak di pesisir timur laut tasik itu.

Orang Twa, Hutu dan Tutsi telah tinggal menetap di Burundi untuk sekurang-kurangnya 500 tahun. Untuk lebih daripada 200 tahun tersebut, Burundi merupakan sebuah kerajaan merdeka, sehinggalah pihak Jerman menjajah wilayah itu pada awal abad ke-20. Selepas Perang Dunia Pertama dan kekalahan Jerman, wilayah itu diserahkan kepada Belgium, di mana kedua-dua negara penjajah itu memerinah Burundi dan Rwanda sebagai tanah jajahan Eropah yang dikenali sebagai Ruanda–Urundi. Walaupun terdapat salah faham umum, Burundi dan Rwanda tidak pernah berada di bawah satu pemerintahan sehinggalah waktu penjajahan Eropah.

Burundi memperoleh kemerdekaannya pada 1962 dan pada asalnya mempunyai monarki, tetapi setelah beberapa siri pembunuhan, rampasan kuasa dan iklim umum ketidakstabilan serantau yang memuncak, dalam penubuhan republik dan negara satu parti pada 1966. Siri prerang saudara dan penghapusan bangsa semasa 1970-an dan 1990-an menjadikan negara dalam keadaan tidak membangun dan penduduknya merupakan salah satu yang paling miskin di dunia. Tahun 2005 menyaksikan persengketaan politik berskala besar berlaku apabila Presiden Pierre Nkurunziza memilih untuk bertanding bagi penggal ketiga jawatan, di mana satu cubaan rampasan kuasa gagal dilaksanakan dan sistem parlimen dan pilihan raya presiden di negara itu dikritik secara meluas oleh masyarakat antarabangsa.

Kategori

Wikimedia

Wikibuku  Wikikamus  Wikiberita  Wikipetikan  Wikisumber  Wikiversity  Wikimedia Commons  Wikivoyage  Wikidata 
Buku Kamus Berita Petikan Teks Sumber pelajaran Imej dan media Panduan kembara Pangkalan data

Portal yang berkaitan