Portal:Filem/Biografi pilihan

Shaheizy Sam
Shaheizy Sam

Shaheizy Sam bin Abdul Samad (lahir 4 September 1982) atau lebih dikenali sebagai Shaheizy Sam ialah seorang pelakon lelaki Malaysia yang menempa nama sebagai pelakon remaja pada era 1990-an. Beliau membuat kemunculan pertamanya dalam bidang lakonan pada 1995 menerusi filem Sama Tak Serupa bersama Aznil Nawawi sebelum melonjak naik dalam bidang perfileman melalui filem kontroversi Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009) dan filem aksi komedi Adnan Sempit (2010). Sam telah berlakon dalam beberapa filem pecah panggung termasuk Jangan Pandang Belakang Congkak (2009), Evolusi KL Drift 2 (2010), Sekali Lagi (2011), Bini-Biniku Gangster (2011), SAM: Saya Amat Mencintaimu (2012), Mamak Cupcake (2014), dan Polis EVO (2015).

Selanjutnya | Arkib | Sunting