Pra-eklampsia (PE) merupakan sejenis gangguan kehamilan yang dicirikan oleh permulaan tekanan darah tinggi dan selalunya dengan kandungan protein banyak dalam air kencing.[1][8] Apabila gejala tersebut timbul, keadaan pra-eklampsia bermula selepas 20 minggu kehamilan.[2][3] Apabila keadaan tersebut menjadi teruk, pemecahan sel darah merah, pengurangan kiraan platelet darah, penjejasan fungsi hati, disfungsi buah pinggang, pembengkakan, sesak nafas akibat cecair dalam paru-paru, atau gangguan penglihatan mungkin berlaku.[2][3] Pra-eklampsia meningkatkan risiko hasil buruk untuk kedua-dua ibu dan bayi.[3] Jika tidak dirawat, ia boleh mengakibatkan sawan dan sampai tahap itu dikenali sebagai eklampsia.[2]

Pra-eklampsia
Nama lain
Toksemia praeklampsia
Sebuah mikrograf melibatkan pewarnaan H&E menunjukkan vaskulopati desidua berhipertrofi, yakni penemuan yang dijumpai pada keadaan finding seen in hipertensi gestasi dan pra-eklampsia.
PengkhususanObstetrik
GejalaTekanan darah tinggi, protein dalam air kencing[1]
KerumitanPemecahan sel darah merah, kiraan platelet darah yang rendah, fungsi hati terjejas, masalah ginjal, pembengkakan, sesak nafas akibat cecair dalam paru-paru, eklampsia[2][3]
Permulaan biasa
Selepas 20 minggu kehamilan[2]
Obesiti, menghidapi tekanan darah tinggi sebelum kehamilan, usia tua, diabetes melitus[2][4]
Tekanan darah sistolik > 140 mmHg atau tekanan darah diastolik > 90 mmHg, yang diukur pada dua masa berasingan[3]
PencegahanAspirin, suplemen kalsium, rawatan terhadap tekanan darah tinggi yang ada sebelum kehamilan[4][5]
RawatanMelahirkan anak, penggunaan ubat[4]
Rawatan perubatan
Labetalol, metildopa, magnesium sulfat[4][6]
Kekerapan2–8% dari semua kehamilan[4]
Kematian46,900 kematian melibatkan penyakit darah tinggi sewaktu kehamilan (2015)[7]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Antara faktor-faktor risiko pra-eklampsia termasuklah obesiti, hipertensi pada usia terdahulu, umur yang tua dan diabetes melitus.[2][4] Keadaan ini juga lebih kerap berlaku pada kehamilan pertama wanita dan jika dia mengandung anak kembar.[2] Mekanisme asas melibatkan pembentukan saluran darah yang tidak normal dalam plasenta juga merupakan antara faktor lain terlibat.[2] Kebanyakan kes didiagnosis sebelum bersalin. Jarang sekali untuk pra-eklampsia bermula sejak tempoh selepas bersalin.[3] Walaupun mengikut sejarah kedua-dua tekanan darah tinggi dan kehadiran protein dalam air kencing diperlukan untuk membuat diagnosis, beberapa definisi lain juga menyertakan mereka yang menghidapi penyakit tekanan darah tinggi dengan sebarang disfungsi organ berkaitan ke dalam definisi tersebut.[3][9] Tekanan darah ditakrifkan sebagai tinggi apabila nilai sistoliknya melebihi 140 mmHg atau nilai diastoliknyamelebihi 90 mmHg, dan diukur pada dua masa berasingan yang melebihi empat jam, pada wanita selepas dua puluh minggu kehamilan.[3] Pra-eklampsia diperiksa secara rutin semasa rawatan pranatal.[10][11]

Pengesyoran untuk mencegah keadaan ini termasuklah: pengambilan aspirin bagi mereka yang berisiko tinggi, pengambilan suplemen kalsium apabila pesakit tersebut berada di kawasan yang kurang pengambilannya, dan rawatan tekanan darah tinggi yang sudah ada sebelum mengandung dengan ubat-ubatan.[4][5][12] Bagi mereka yang mengalami pra-eklampsia, proses melahirkan bayi dan plasenta adalah rawatan yang berkesan.[4] Sama ada proses kelahiran disyorkan ataupun tidak bergantung pada tahap keterukan pra-eklampsia dan sejauh mana tempoh kehamilan seorang wanita.[4] Ubat tekanan darah, seperti labetalol dan metildopa, boleh digunakan untuk memulih keadaan ibu sebelum bersalin.[6] Magnesium sulfat boleh digunakan untuk mencegah eklampsia pada mereka yang mempunyai keadaan yang teruk.[4] Kekal rehat di katil dan pengambilan garam tidak didapati berguna untuk rawatan atau pencegahan keadaan ini.[3][4]

Pra-eklampsia menjejaskan 2-8% kehamilan di seluruh dunia.[4] Gangguan hipertensi kehamilan (termasuk pra-eklampsia) adalah salah satu punca kematian yang paling biasa berkait rapat dengan kehamilan.[6] Keadaan ini mengakibatkan 46,900 kematian pada tahun 2015.[7] Pra-eklampsia biasanya berlaku selepas 32 minggu; namun, jika ia berlaku lebih awal ia dikaitkan dengan hasil yang lebih buruk.[6] Wanita yang pernah mengalami pra-eklampsia menghadapi peningkatan risiko penyakit jantung dan strok di kemudian hari.[10] Perkataan "eklampsia" adalah daripada istilah Yunani yang bermaksud kilat.[13] Huraian pertama mengenai keadaan ini dibuat oleh Hippocrates pada abad ke-5 SM.[13]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Eiland E, Nzerue C, Faulkner M (2012). "Preeclampsia 2012". Journal of Pregnancy. 2012: 586578. doi:10.1155/2012/586578. PMC 3403177. PMID 22848831.
  2. ^ a b c d e f g h i Al-Jameil N, Aziz Khan F, Fareed Khan M, Tabassum H (February 2014). "A brief overview of preeclampsia". Journal of Clinical Medicine Research. 6 (1): 1–7. doi:10.4021/jocmr1682w. PMC 3881982. PMID 24400024.
  3. ^ a b c d e f g h i American College of Obstetricians Gynecologists; Task Force on Hypertension in Pregnancy (November 2013). "Hypertension in pregnancy. Report of the American College of Obstetricians and Gynecologists' Task Force on Hypertension in Pregnancy" (PDF). Obstetrics and Gynecology. 122 (5): 1122–31. doi:10.1097/01.AOG.0000437382.03963.88. PMC 1126958. PMID 24150027. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-01-06. Dicapai pada 2020-07-18.
  4. ^ a b c d e f g h i j k l WHO recommendations for prevention and treatment of pre-eclampsia and eclampsia (PDF). 2011. ISBN 978-92-4-154833-5. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2015-05-13.
  5. ^ a b Henderson JT, Whitlock EP, O'Connor E, Senger CA, Thompson JH, Rowland MG (May 2014). "Low-dose aspirin for prevention of morbidity and mortality from preeclampsia: a systematic evidence review for the U.S. Preventive Services Task Force". Annals of Internal Medicine. 160 (10): 695–703. doi:10.7326/M13-2844. PMID 24711050.
  6. ^ a b c d Arulkumaran N, Lightstone L (December 2013). "Severe pre-eclampsia and hypertensive crises". Best Practice & Research. Clinical Obstetrics & Gynaecology. 27 (6): 877–84. doi:10.1016/j.bpobgyn.2013.07.003. PMID 23962474.
  7. ^ a b Wang H, Naghavi M, Allen C, Barber RM, Bhutta ZA, Carter A, dll. (GBD 2015 Mortality and Causes of Death Collaborators) (October 2016). "Global, regional, and national life expectancy, all-cause mortality, and cause-specific mortality for 249 causes of death, 1980-2015: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2015". Lancet. 388 (10053): 1459–1544. doi:10.1016/s0140-6736(16)31012-1. PMC 5388903. PMID 27733281.
  8. ^ Hypertension in pregnancy. ACOG. 2013. m/s. 2. ISBN 9781934984284. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-11-18. Dicapai pada 2016-11-17.
  9. ^ "Preeclampsia: an update". Acta Anaesthesiologica Belgica. 65 (4): 137–49. 2014. PMID 25622379.
  10. ^ a b "Pre-eclampsia". Lancet. 376 (9741): 631–44. August 2010. doi:10.1016/S0140-6736(10)60279-6. PMID 20598363.
  11. ^ "Screening for Preeclampsia: US Preventive Services Task Force Recommendation Statement". JAMA. 317 (16): 1661–1667. April 2017. doi:10.1001/jama.2017.3439. PMID 28444286. Unknown parameter |displayauthors= ignored (bantuan)
  12. ^ US Preventive Services Task, Force.; Davidson, KW; Barry, MJ; Mangione, CM; Cabana, M; Caughey, AB; Davis, EM; Donahue, KE; Doubeni, CA (28 September 2021). "Aspirin Use to Prevent Preeclampsia and Related Morbidity and Mortality: US Preventive Services Task Force Recommendation Statement". JAMA. 326 (12): 1186–1191. doi:10.1001/jama.2021.14781. PMID 34581729 Check |pmid= value (bantuan).
  13. ^ a b Mohler, Emile R. (2006). Advanced Therapy in Hypertension and Vascular Disease. PMPH-USA. m/s. 407–408. ISBN 9781550093186. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-05.