Prayut Chan-o-cha

Perdana Menteri Thailand
(Dilencongkan dari Prayuth Chan-ocha)

Yang Amat Berhormat Jeneral Prayut Chan-o-cha (juga digelar sebagai Prayuth Chan-ocha; Bahasa Thai: ประยุทธ์ จันทร์โอชา; IPA: [prā.jút tɕān.ʔōː.tɕʰāː]; lahir 21 Mac 1954) ialah ahli politik Thai dan bekas Panglima Tentera Darat Diraja Thai yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Thailand ke-29 sejak tahun 2014.

Prayuth Chan-o-cha
ประยุทธ์ จันทร์โอชา
Prayut 2022.jpg
Prayuth pada 2022
Perdana Menteri Thailand ke-29
Memegang jawatan
30 September 2022
RajaMaha Vajiralongkorn
Didahului olehPrawit Wongsuwan
(Memangku)
Dalam jawatan
24 Ogos 2014 – 24 Ogos 2022
(Memangku: 22 Mei – 24 Ogos 2014)
RajaBhumibol Adulyadej
Maha Vajiralongkorn
Didahului olehNiwatthamrong Boonsongpaisan
(Memangku)
Yingluck Shinawatra
Digantikan olehPrawit Wongsuwan
(memangku)[1]
Panglima Tentera Darat Diraja Thai
Dalam jawatan
1 Oktober 2010 – 30 September 2014
Perdana MenteriAbhisit Vejjajiva
Yingluck Shinawatra
Didahului olehAnupong Paochinda
Digantikan olehUdomdej Sitabutr
Butiran peribadi
Lahir (1954-03-21) 21 Mac 1954 (umur 69)
Nakhon Ratchasima, Thailand
Tandatangan
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Thailand
Perkhidmatan/
cawangan
Angkatan Tentera Diraja Thai
PangkatRTA OF-9 (General).svg Jeneral

Prayuth dilihat sebagai seorang yang menyokong pentadbiran diraja Thailand dan kuat menentang mantan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra. Beliau berjaya menumpaskan pemberontak baju merah semasa pemberontakan pada April 2009 dan April/Mei 2010. Sejak itu beliau sering berunding dan bekerjasama dengan adik Thaksin, Yingluck Shinawatra yang memenangi pilihan raya parlimen pada November 2013.

PendidikanSunting

Prayuth belajar di Akademi Angkatan Bersenjata Kelas 12, Kolej Pemerintah Tentera (CGSC) Kelas 63 dan Kolej Pertahanan Thailand (NDC) 5020 serta menghadiri Kursus Infanteri Dasar Kelas 51, Kursus Infanteri Lanjutan Kelas 38. Beliau juga belajar ijazah Sains di Akademi diraja Chulachomklao.

Beliau bersama-sama rakan sejawatannya sebelum ini, Anupong Paochinda dan bekas menteri pertahanan Prawit Wongsuwan, dianggap sebagai "Harimau Timur" dalam tentera.

Kerjaya tenteraSunting

Setelah lulus dari Akademi Tentera Chulachomklao, Prayuth bertugas di Rejimen Infantri ke-21 dari Pengawal Diraja. Pada tahun 2002, ia menjabat sebagai Wakil Komandan Jenderal di Divisi Infantri ke-2 dari Angkatan Tentera Diraja Thai, naik ke peringkat Komandan Jenderal satu tahun kemudian. Pada tahun 2005, ia menjadi Wakil Komandan Jenderal Angkatan Darat .

Prayuth adalah Panglima Angkatan Tentera Diraja Thailand 2008-2009 dan pada tahun 2009 diangkat ajudan kehormatan raja. Pada tahun 2010, beliau menggantikan Anupong Paochinda sebagai Panglima tentera.

PentadbiranSunting

Setelah rampasan kuasa Thailand pada 2006, Prayuth dipilih ke Majlis Perundangan Negara, seterusnya menyertai Jawatankuasa Persekitaran dan Sumber Tenaga. Beliau ditugaskan mengawasi infrastruktur elektrik MEA. Dari 2007 hingga 2010, beliau menjadi pengarah bebas Thai Oil Public Co Ltd dan sejak 7 Oktober 2010 beliau menjadi Pengarah Bank Tentera Thai.

Perdana Menteri Thailand (2014–kini)Sunting

KontroversiSunting

Lagu baharu dikecam netizenSunting

Pada Februari 2018, Prayuth yang melancarkan lagu terbaharunya menerima respons negatif daripada netizen.

Lagu ciptaan Prayuth yang bertajuk "Diamond Heart" itu dimuat naik melalui YouTube dan telah mendapat lebih 40,000 'dislike' berbanding bilangan 'like' yang jauh lebih rendah.

Lirik lagu itu ditulis oleh Prayuth sendiri dan dinyanyikan oleh seorang pegawai tentera Thailand yang menceritakan tentang janji dalam menghadapi segala rintangan bersama-sama seorang wanita.

Jadikan diri anda berlian yang sebenar, jangan menyerah.

Seiringan bersama hari ini, maka rintangan tidak bermakna. Apa yang dipelajari adalah sesuatu yang baru setiap hari.

Kita akan bina impian hati bersama agar terus bertahan.

Demikian antara bait-bait kata yang dituliskan dalam lagu nukilan Prayuth itu.

Lagu itu bagaimanapun menerima kritikan netizen yang menyindir makna politik di dalam lagu itu, malah ada yang memerli dengan menyatakan itu ialah 'hadiah' daripada Prayuth untuk rakyatnya sempena sambutan Hari Valentine.

Sembur wartawan dengan cecair sanitasiSunting

Pada 9 Mac 2021, Prayuth meninggalkan sekumpulan petugas media dalam keadaan terpinga-pinga apabila beliau mengakhiri sesi sidang medianya dengan menyemburkan cecair sanitasi tangan ke arah wartawan kerana tidak mahu emnjawab soalan yang tidak disukainya.[1]

Pada 12 Mac, Prayuth memohon maaf kerana menyembur cecair sanitasi tangan ke arah wartawan ketika sidang akhbar mingguan.[2][3]

Tak pakai pelitup mukaSunting

Pada 26 Apr 2021, Prayuth didenda 6,000 baht (RM782) kerana melanggar peraturan semasa mesyuarat Rumah Kerajaan.[4]

RujukanSunting

Pegawai tentera
Didahului oleh
Anupong Paochinda
Panglima Tentera Darat Thai
2010–2014
Diikuti oleh:
Udomdej Sitabutr
Jawatan politik
Didahului oleh
Niwatthamrong Boonsongpaisan
Pemangku
Perdana Menteri Thailand
2014–kini
Pemegang jawatan kini