Princess Protection Program

Princess Protection Program (Bahasa Melayu: Program Perlindungan Puteri) ialah sebuah filem Disney Channel Original Movie 2009, diarahkan oleh Allison Liddi-Brown, dibintangi oleh Demi Lovato dan Selena Gomez. Skripnya ditulis oleh Annie DeYoung dari cerita oleh Annie DeYoung dan David Morgasen.[1] Filem ini ditayangkan pada 26 Jun 2009 di Amerika Syarikat dan dikeluarkan dalam bentuk DVD pada 30 Jun 2009. Filem ini memenangi Anugerah Pilihan Remaja 2009 bagi Choice Summer Movie.

Princess Protection Program
PengarahAllison Liddi-Brown
Dibintangi oleh
Demi Lovato
Selena Gomez
Nicholas Braun
Jamie Chung
Samantha Droke
Tom Verica
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Penerbitan
PenerbitDanielle Weinstock
PenyuntingMark Conte
SinematografiDavid A. Makin
Tempoh siaran89 minit
Syarikat penerbitan
Rainforest Productions
Syarikat pengedaran
Disney-ABC Domestic Television
Penyiaran
Saluran asalDisney Channel
Siaran asal26 Jun 2009

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

Penggambaran dijalankan di Puerto Rico pada 2008. Adegan sekolah serta adegan kepulangan semula telah difilemkan di Colegio San Ignacio de Loyola (San Juan) dan Colegio San José (San Juan, Puerto Rico) di San Juan dan adegan tasik telah difilemkan di Tasik Loíza di Trujillo Alto. Istana Serrallés di Ponce digunakan untuk pemandangan dalaman dan luaran istana sementara halaman dalaman Casa de España di Old San Juan digunakan untuk kedua-dua adegan pertabalan.[2]

Promosi sunting

Disney Channel mempromosikan tayangan perdana hujung minggu filem ini dengan menawarkan episod yang tidak pernah disiarkan bagi rancangan Wizards of Waverly Place dan Sonny with a Chance sebagai ganjaran dalam talian jika penonton boleh mengira perkataan "princess," "princesses" dan "princesa" yang dsebut semasa filem itu dan memasukkan jumlah yang betul di bahagian laman web mereka.[3]

Media rumah sunting

Filem ini dikeluarkan dalam bentuk DVD pada 30 Jun 2009, di Amerika Syarikat[4] dan kemudiannya didapati di seluruh dunia.

Muzik sunting

Filem ini mempunyai dua lagu: sebuah lagu duet dirakamkan oleh Lovato dan Gomez bertajuk "One and the Same" dan satu lagi dirakamkan oleh Mitchel Musso bertajuk "The Girl Can't Help It". Kedua-dua lagu ini dimuatkan dalam album kompilasi Disney Channel Playlist, yang dikeluarkan pada Jun 2009. Filem ini juga memuatkan lagu "Two Worlds Collide" oleh Lovato, yang dimuatkan dalam album sulungnya Don't Forget.

One and the Same sunting

"One and the Same"
Lagu oleh Demi Lovato dan Selena Gomez
Dirakamkan pada2009
GenrePop rock
Panjang3:05
SyarikatWalt Disney
PenulisColleen Fitzpatrick, Michael Kotch, Dave Derby
PenerbitMitch Allan
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini

"One and the Same" ialah lagu yang dipersembahkan oleh pelakon utamanya, Lovato dan Gomez. Lagu ini ditulis oleh Vitamin C, Michael Kotch dan Dave Derby dan diterbitkan oleh Mitch Allan. Muzik video lagu itu dimuatkan dalam DVD filem tersebut, ia juga dimuatkan dalam album kompilasi Disney Channel Playlist, yang dikeluarkan pada 9 Jun 2009.[5]

Persembahan carta

Lagu ini menduduki nombor 82 di U.S. Billboard Hot 100. Ia telah terjual sebanyak 329,000 salinan digital, menurut Nielsen SoundScan.[6]

Carta
Carta (2009) Kedudukan
carta
US Billboard Hot 100[7] 82

Sambutan sunting

Laura Fries dari majalah Variety menjelaskan filem itu sebagai "cahaya musim panas di bayu Louisiana". Biarpun filem itu tidak lari dari rumusan Disney, Fries juga memuji penulis filem itu Annie DeYoung kerana memberikan mesej yang baik kepada gadis remaja mengenai sifat lemah lembut. Fries berkata filem itu harus menjadi hits bagi sasaran penonton saluran itu.[8]

Penarafan sunting

Filem ini meraih 8.5 juta penonton semasa tayangan perdananya, menjadikan Disney Channel rangkaian paling ditonton, dengan hampir berganda dari jumlah penonton CBS pada masa itu.[9]

Anugerah sunting

Tahun Majlis Anugerah Keputusan
2009 Teen Choice Awards[10] Choice Summer TV Movie Menang
Choice Summer TV Star - Female: Selena Gomez Menang
Choice Summer TV Star - Female: Demi Lovato Tercalon
2010 Directors Guild of America Outstanding Directorial Achievement in a Children's Program – Allison Liddi-Brown Menang
Young Artist Award Best Performance in a TV Movie, Miniseries, or Special – Leading Young Actress: Selena Gomez Tercalon
Best Performance in a TV Movie, Miniseries, or Special – Leading Young Actress: Demi Lovato Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ https://pro-labs.imdb.com/title/tt1196339/?ref_=nm_filmo_pasttv_4
  2. ^ Princess Protection Program: Fotos + Info! - Blog de la Tele.Blogspot.com
  3. ^ "Princess Protection Program - Original Movies - Disney Channel". Disney Channel. Dicapai pada 2009-06-28.
  4. ^ "Princess Protection Program - On DVD - WD Home Entertainment". Walt Disney Studios Home Entertainment. Dicapai pada 2009-06-06.
  5. ^ "Disney Channel Playlist by Various Artists". Walt Disney Records. Dicapai pada 2008-05-25.
  6. ^ "Ask Billboard: Baseball Hits, Gwen Stefani's Delay & & Demi Lovato's Best-Selling Songs". Billboard. Prometheus Global Media. 2014-10-12. Dicapai pada 2014-10-12.
  7. ^ "Selena Gomez - Chart History". acharts.us. Dicapai pada 2011-02-10.
  8. ^ Laura Fries (June 26, 2009). "Princess Protection Program". Variety magazine.
  9. ^ Bill Gorman (June 27, 2009). "Princess Protection Program is TV's No. 1 Entertainment Telecast of 2009 in Kids 6-11 and Tweens 9-14". TVbyTheNumbers.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-21. Dicapai pada 2010-01-09.
  10. ^ Awards for Princess Protection Program 2009 - IMDB

Pautan luar sunting