Puisi maut atau sajak maut (jisei, 辞世) ialah sejenis karya sastera yang pernah lazim dalam budaya-budaya Asia Timur termasuk Jepun, China dan Korea di mana seseorang pengarang (baik seorang penyajak, pahlawan, bangsawan ataupun sami) muhasabah diri mengenai akhir hayatnya serta apa yang dialami dan diamati sepanjang hidupnya. Ia masih diteruskan ke zaman moden, misalnya sepertimana yang dilakukan askar-askar Jepun pada Perang Dunia Kedua yang melakukan demikian untuk mencontohi para samurai.[1]

Seorang pahlawan bakal membunuh diri selepas mengarang sajak berikutan kekalahannya dalam suatu perang - dalam Tsukinohyakushi「月百姿」karya Yoshitoshi

Pengarangan ini datang daripada kepercayaan agama Buddha yang dianuti masyarakat-masyarakat serantau ini - lagi-lagi dalam mazhab Zen, Chan dan Seon - yang melihat kehidupan sebagai suatu perkara yang tidak berat, penting atau kekal dan perlu dilepaskan bagi mencapai kedamaian total.

Rujukan sunting

  1. ^ Mayumi Ito, Japanese Tokko Soldiers and Their Jisei