Qilakitsoq adalah salah sebuah tapak arkeologi yang terletak di semenanjung Nuussuaq, Greenland. Pada tahun 1972, mumia popular di dunia telah berjaya ditemui oleh adik-beradik. Mereka dikenali sebagai Hans Gronvold dan Jokum Gronvold. Khazanah arkeologi itu dikatakan telah berusia kira-kira 500 tahun, di mana ia dikuburkan sekitar tahun 1475. Oleh sebab telah dijumpai di sini, maka ia dinamakan sebagai 'Mumia Qilatkisoq'.

Anak kecil yang ditemui yang telah ditanam hidup-hidup
Bayi lelaki berusia enam bulan yang dijumpai

Dalam penemuan dua beradik ini, sebanyak lapan mumia berjaya ditemui. kesemuanya ditanam di dalam dua kubur yang berasingan. Kubur pertama terdiri daripada tiga wanita , seorang budak berusia dua tahun dan bayi berumur enam bulan.Manakala kubur kedua pula mengandungi tiga wanita lain.Semasa dijumpai , keadaan mayat tersusun di atas satu sama lain dengan kulit binatang sebagai lapik di antaranya. Menariknya, kesemua mumia yang ditemui bersifat segar. Para pengkaji telah mengatakan mayat tersebut mengalami proses pembekuan secara semula jadi. Faktor itu menyebabkan ia unik apatah lagi menjadi mumia paling lama yang maih terpelihara ketika ditemui. Pada peringkat awal penemuan, saintis telah melakukan ujian DeoxyriboNucleic Acid (DNA). Ia bertujuan untuk mengetahui hubungan di antara mumia. Hasilnya , tujuh daripada lapan mayat mempunyai hubungan kekeluargaan. Satu mumia tidak dapat dikesan kerana tiada kena mengena.Tidak hanya itu, para saintis juga dapat mengesan lukisan tatu pada mumia tersebut. Para pengkaji telah mengesahkan lima daripada enam mumia wanita mempunyai tatu semasa hidup. Tatu telah menjadi lambang kepada orang Inuit. Orang-orang Inuit adalah masyarakat adat asli daerah Kutub Utara dari Amerika Utara dan Greenland. Gambar secara 'infra-red' telah mennunjukkan wanita yang bertatu memiliki kesan hitam atau garisan biru gelap di bahagian muka. Lebih tepat lagi, garisan itu berada pada bahagian dahi di antara kening. Selain itu , tiga daripada mereka mempunyai tatu di bahagian pipi manakala tiga yang lain di bawah dagu.

Pada waktu itu, punca kematian kesemua mumia menjadi tanda tanya saintis. Bagi masyarakat Inuit, sekiranya berlaku kematian, mayat suami, isteri dan anak-anak akan dikebumikan bersama. Disebabkan kesemua mumia yang ditemui adalah wanita dan kanak-kanak , maka timbulnya andaian daripada pengkaji yang memungkinkan mereka mati akibat kemalangan bot.

Tambahan pula, tempoh masa kematian bagi setiap mumia menjadi tanda tanya sehingga kini.Para pengkaji telah menganalisis bahagian dalaman mayat seperti perut dan usus. Namun, tidak menemui sebarang petunjuk. Apa yang pasti, punca kematian mumia bukanlah akibat kebuluran. Akhirnya, kajian tentang beberapa mumia telah membuahkan hasil. Walaupun tidak memperoleh hasil yang meyeluruh , namun mereka berjaya mengetahui punca kematian tiga mumia. Pertama, mayat wanita yang dikatakan mati akibat penyakit tumor. Kedudukan tumor ini hampir dengan tengkorak mayat. Wanita ini juga mengalami pekak dan buta semasa hidup.

Sementara itu, kanak-kanak yang berumur dua tahun dikatakan menghidap penyakit 'Down Syndrome' ataupun Sindrom Down. Berdasarkan kajian, kanak-kanak itu mati akibat sengaja ditinggal. Mengikut cerita, amalan ini biasa dilakukan dalam golongan Inuit. Mereka tidak menyokong mana-mana individu yang tidak berupaya menyumbang tenaga. Tidak kira dalam apa bentuk sama ada dari segi mendapatkan makanan, membuat pakaian atau membina tempat perlindungan.

Namun begitu, dalam kesemua mumia yang dijumpai, ada satu yang menyentuh perasaan. Mumia ketiga yang telah diketahui cara kematiannya ialah mayat bayi lelaki berusia enam bulan.Sewaktu melihat pada rupa bentuknya. ia mirip seperti anak patung. berdasarkan kajian , bayi itu ditanam hidup-hidup bersama ibunya. Cara ini juga menjadi salah satu kebiasaan dalam masyarakat Inuit. mereka dikatakan akan menanam bayi mereka secara hidup sekiranya si ayah tidak mampu memberi susu. Walaupun adat ini bersifat kejam, mereka percaya roh si ibu dan anak akan hidup bersama-sama di alam lain.

Kini khazanah arkeologi ini boleh dilawati orang ramai. sebanyak empat mumia telah ditempatkan di Muzium Negara Greenland, Nuuk. Mumia tersebut terdiri daripada tiga wanita dan satu bayi berusia enam bulan. Pengunjung dapat melihat sendiri keunikan fizikal mumia yang terhasil daripada pembekuan semula jadi. Sehingga kini, masih banyak persoalan yang tidak terjawab mengenai keseluruhan mumia Qilakitsoq.

rujukan

sunting