Quagga (Equus quagga quagga) ialah sejenis spesies yang telah pupus yang menyerupai kuda belang. Ia pernah ditemui dalam jumlah besar di Afrika Selatan. Quagga dapat dibezakan dari kuda belang lain dengan memiliki tanda pada bahagian hadapan tubuh. Seperti kuda belang yang sering dikahwin campur dengan kuda atau keldai, begitu juga quagga. Nama Quagga berasal dari kata Khoikhoi untuk kuda belang. Quagga pupus akibat perburuan lampau manusia yang berusaha mendapatkan daging dan kulitnya.

Quagga
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Subgenus:
Spesies:
Subspesies:
E. q. quagga
Nama trinomial
Equus quagga quagga

Sejak pendudukan Belanda di Afrika Selatan bermula, quagga banyak diburu, dan ia bersaing dengan haiwan ternakan untuk mencari makan. Walaupun beberapa ekor telah ditangkap untuk zoo di Eropah, program pembiakan tidak berjaya. Haiwan liar yang terakhir tinggal di Negara Bebas Oranye dan quagga pupus dalam hutan belantara pada 1878. Spesimen dalam kurungan terakhir mati di Amsterdam pada 12 Ogos 1883. Cuma seekor quagga pernah diambil gambarnya ketika hidup dan hanya 23 kulit masih terpelihara hari ini. Pada tahun 1984, quagga menjadi haiwan pupus pertama yang DNAnya dianalisis, dan Projek Quagga cuba untuk mencipta ciri-ciri bulu haiwan ini dengan pembiakbakaan terpilih kuda belang Burchell.

Senarai pustaka

sunting

Pautan luar

sunting

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.