Rōki Sasaki

pemain besbol profesional Jepun (2001-)

Rōki Sasaki (Jepun: 佐々木 朗希, Hepburn: Sasaki Rōki, lahir 3 November 2001), nicknamed "Gergasi Zaman Reiwa" (Jepun: 令和の怪物, Hepburn: reiwa no kaibutsu) merupakan pemain besbol Jepun yang beraksi sebagai pelempar untuk pasukan Chiba Lotte Marines dari Nippon Professional Baseball (NPB). Beliau telah melakukan kemunculan sulungnya di NPB pada 2021.

Rōki Sasaki
Sasaki bersama Chiba Lotte Marines pada 2022
Chiba Lotte Marines – No. 17
Pelempar
Dilahirkan: (2001-11-03) 3 November 2001 (umur 22)
Rikuzentakata, Iwate, Jepun
Pukulan: Kanan Balingan: Kanan
NPB debut
16 Mei, 2022, untuk Chiba Lotte Marines
Statistik kerjaya
(melalui 2022)
Rekod menang–kalah12–6
Purata peroleh larian2.10
Strikeout241
Pasukan
Kerjaya cemerlang dan anugerah

Sasaki telah mencatatkan rekod baru besbol di peringkat sekolah tinggi Jepun dengan kelajuan fastball sepantas 163 kilometer per jam (101 mph). Marines telah menamakan Sasaki sebagai pelempar utama bagi draf NPB 2019. Sehingga tahun 2021, beliau dapat melakukan penampilan sulungnya di NPB bersama Marines. Beliau berjaya melakukan "perfect game" pada 10 April 2022 serta mengikat rekod strikeout terbanyak dalam satu perlawanan NPB serta menghasilkan rekod baru untuk bilangan strikeout berturut-turut. Pada tahun 2023, beliau sebahagian daripada pasukan kebangsaan Jepun yang menjuarai kejohanan World Baseball Classic 2023.

Semasa peristiwa gempa bumi Jepun 2011, beliau pada masa itu darjah tiga menyaksikan tsunami yang meranapkan rumahnya. Bapa dan datuknya telah terkorban manakala Sasaki bersama ibu dan dua orang adik beradiknya selamat di rumah penjagaan.[1][2][3] Keluarga beliau berpindah ke Ōfunato pada tahun berikutnya dan Sasaki mula bermain besbol di sekolah barunya.[2]

Sasaki telah digelar "Gergasi Zaman Reiwa" (Reiwa no Kaibutsu 令和の怪物) kerana kemampuannya menghasilkan fastball sepantas 163-kilometre-per-jam (101 mph) ketika zaman persekolahan.[4][5] Kelajuan fastball Sasaki telah meleburkan rekod yang dicatatkan oleh Shohei Ohtani dan semenjak itu, Sasaki mula dibandingkan dengan Ohtani.[3] Nama gelarannya itu sebenarnya merujuk kepada Daisuke Matsuzaka yang pernah dikenali sebagai "Gergasi Zaman Heisei".[6]

Catatan sunting

  1. ^ "Baseball: Marines' Roki Sasaki thankful for support after 2011 disaster". English.kyodonews.net. Dicapai pada April 10, 2022.
  2. ^ a b Jim Allen (March 11, 2021). "Sasaki poised for 1st game". jballallen.com. Dicapai pada April 10, 2022.
  3. ^ a b "Japanese teen's triple-digit fastball has some calling him the next Shohei Ohtani". Los Angeles Times. July 26, 2019. Dicapai pada April 10, 2022.
  4. ^ "【球界ここだけの話(1990)】ロッテ・佐々木朗の無限の可能性". Sanspo.com (dalam bahasa Japanese). June 10, 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "「令和の怪物」佐々木朗希が挑む最後の夏 163キロ右腕の潜在能力". Jiji.com (dalam bahasa Japanese). July 12, 2019. Dicapai pada May 1, 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ Yoshimi Kamada (February 11, 2022). "平成の怪物と令和の怪物初対面 松坂大輔氏にロッテ佐々木朗希「ブルペン見た感想教わりました」". Nikkan Sports.

Pautan luar sunting

Templat:Baseballstats