R. Surendren (lahir 26 Oktober 1982) di Taiping, Perak merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang bermain sebagai penyerang. Beliau adalah bekas pemain bola sepak bagi pasukan kebangsaan Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun dalam industri bola sepak dengan sijil kejurulatihan Lesen AFC 'C'.

R. Surendren
Maklumat peribadi
Nama penuh Surendren A/L Rasiah
Tarikh lahir (1982-10-26) 26 Oktober 1982 (umur 41)
Tempat lahir Taiping, Perak, Malaysia
Ketinggian 1.75 m (5 ka 9 in)
Posisi permainan Striker
Maklumat kelab
Kelab terkini
MNY Football Club
Kerjaya remaja
Perak FA
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2002–2007 Perak FA 40 (18)
2008–2012 Selangor FA 34 (16)
2011 Pahang FA 14 (2)
2013–2014 ATM FA - (-)
2015-2016 Sabah FA - (-)
2017 Penang FA 3 (3)
Pasukan kebangsaan
2006–2007 Malaysia 3
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 31 October 2012
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 27 September 2010

Kerjaya sunting

R. Surendren memulakan kariernya sebagai pemain bola sepak junior pada tahun 1996 dengan pingat gangsa di Perak Coca-cola Cup U-16 bersama pasukannya. Pada tahun 1998, dia menyertai Perak MSSM U-18 & Perak MILO Cup U-18 bersama rakan sepasukannya. Pada tahun 1999, dia bermain dengan Kelab Bola Sepak TKN Perak dan menyertai Malaysia FAM Cup. Kemudian, dia menyertai Liga Perdana Malay Mail Malaysia pada tahun 2000 hingga 2001.

R. Surendren memulakan karier seniornya ketika mewakili Perak dari tahun 2002 hingga 2007 dan telah mengambil bahagian dalam final Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sultan Haji Ahmad Shah, suku akhir Piala AFC dan memenangi pingat emas di Sukma Sabah (2002). Kemudian, beliau bergabung dan mewakili Selangor dari tahun 2008 hingga 2012. Selama tahun-tahun itu, pasukannya telah memenangi gelaran utama seperti Piala Malaysia & Piala FA pada tahun 2008 - 2009 dan Liga Super Malaysia dan Piala Sumbangsih pada tahun 2009 - 2010. Pada tahun 2011, dia dan rakan sepasukannya Mohd Zaiza Zainal Abidin meninggalkan Selangor untuk bergabung dengan Pahang. Setelah satu musim bersama Pahang, dia kembali ke Selangor untuk musim 2012.

Beliau kemudian bermain dengan Angkatan Tentera Malaysia @ ATM FA pada tahun 2013 dan berpindah ke Sabah pada tahun 2015 sebelum mengakhiri kariernya sebagai pemain bola sepak negeri pada tahun 2017 dengan Penang. Beliau kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan juga pemain bagi Kelab Bolasepak MNY (MNYFC) yang beroperasi di Ipoh, Perak.

Pasukan Kebangsaan sunting

Pada tahun kegemilangannya dari tahun 2002 hingga 2006, beliau cemerlang dengan kedudukan bermain sebagai penyerang dengan mewakili pasukan Malaysia sebagai Skuad Nasional (Senior). Beliau mewakili pasukan Malaysia untuk Olimpik dan memenangi pingat gangsa semasa Sukan SEA di Filipina & Vietnam. Beliau juga pernah mewakili pasukan Malaysia bawah-23 untuk Pra-Olimpik & Sukan Sea di Vietnam yang dibimbing oleh Allan Harris, mewakili pasukan Malaysia di Kejohanan Remaja Antarabangsa bawah-21 (disertai oleh Brazil & Portugal) dan memenangi pingat gangsa semasa Piala Hassanal Bolkiah Tahun 2002 menerusi pasukan Malaysia bawah-21 tahun.

Pencapaian sunting

Perak FA

Selangor FA

ATM FA

Rujukan sunting

Pautan luar sunting