Raja Syed Hussein Jamalullail
Raja Syed Hussein ibni Syed Harrun I Jamalullail (Jawi: راج سيد حسين ابن سيد هارون جمال اليل) atau Raja Syed Hussein Jamalullail ialah Raja Perlis ke 1 yang memerintah negeri Perlis.
Hussein | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Raja Negeri Perlis I | |||||||||
Raja Perlis I | |||||||||
Pemerintahan | 20 Mei 1843 - 21 November 1873 | ||||||||
Kemahkotaan | 22 Mei 1843 | ||||||||
Diikuti oleh | Raja Syed Ahmad Jamalullail | ||||||||
Pemangku raja | - | ||||||||
Keputeraan | - 10 April 1805 Arau, Mukim , Daerah Perlis, Negeri Kedah, Tanah Melayu British | ||||||||
Kemangkatan | 21 November 1873 (67 Tahun) Istana Arau, Perlis, Tanah Melayu British | ||||||||
Pemakaman | 22 November 1873 Makam Diraja Arau, Arau | ||||||||
Pasangan | 7 Orang | ||||||||
Isteri |
| ||||||||
Anakanda |
Senarai:
| ||||||||
| |||||||||
Kerabat | Perlis | ||||||||
Wangsa | Dinasti Jamalullail | ||||||||
Ayahanda | Syed Abu Bakar Harun ibni Syed Ahmad | ||||||||
Bonda | Wan Fatimah binti Wan Abdul Rahman | ||||||||
Agama | Islam Sunni |
Baginda bertakhta bermula dari tahun 1843 sehingga kemangkatannya pada tahun 1873.
Kehidupan
suntingRaja Syed Hussein merupakan anak kepada Syed Harun ibni Syed Ahmad Jamalullail yang merupakan penghulu Arau pertama dan Wan Fatimah binti Datuk Kayang. Baginda dilahirkan pada 10 April 1805 di Arau dan dibesarkan di istana Kedah oleh bonda tirinya, Tengku Sofiah yang merupakan puteri kepada Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II, Sultan Kedah.
Keluarga
suntingRaja Syed Hussein mempunyai tujuh orang isteri. Isteri pertama baginda merupakan anak kepada pembesar baginda iaitu Che Sofiah. Baginda juga berkahwin dengan dua pupu baginda, Tengku Nur Aisyah. Antara isteri baginda yang lain termasuklah Inche' Teka, Sharifah Hawa, Inche' Fatimah, Inche' Sarah dan Hatijah.[1] Baginda telah dikurniakan 15 orang anak, iaitu tujuh putera dan lapan puteri. Lima daripadanya merupakan anakanda baginda dengan Che Sofiah, iaitu Syed Ahmad, Syed Harun, Syed Mustafa, Sharifah Fatimah dan Sharifah Jahara. Dua yang lain pula ialah anakanda baginda dengan Tengku Nur Aisyah, iaitu Syed Alwi dan Sharifah Aminah.[1]
Pemerintahan
suntingPenghulu Arau
suntingAyahanda baginda, Syed Harun telah meninggal dunia dalam Perang Musuh Bisik. Baginda seterusnya menggantikan ayahanda baginda sebagai penghulu Arau yang baharu. Syed Hussein, Tunku Anum dan pembesar lain mula mencari jalan penyelesaian kepada peperangan ini. Mereka menggunakan pendekatan diplomasi dengan Siam untuk menghentikan pertumpahan darah.
Raja Rama III merombak dan menyusun semula pentadbiran Kesultanan Kedah hasil cadangan Chao Phya Yommarat dan Phya Siphiphat. Hasilnya, Kesultanan Kedah telah dibahagikan kepada empat negeri yang baru serta ditadbir oleh gabenor-gabenor berasingan. Syed Hussein telah dilantik sebagai timbalan kepada gabenor Perlis, Raja Long Krok. Selepas Raja Long Krok meninggal dunia, Syed Hussein dilantik sebagai Gabenor Perlis.
Raja Perlis
suntingPada tahun 1843, Raja Syed Hussein Jamalullail telah ditabal secara rasmi sebagai Raja Perlis oleh Raja Siam. Kepada baginda, Raja Rama III telah mengurniakan gelaran Phya Songkram Ramu Wichit Wilis Asmara Phya Polit atau boleh disingkatkan sebagai Phya Polit. Baginda turut memulakan tradisi penghantaran ufti Bunga Emas dan Perak serta persembahan lain kepada Raja Siam.yang dihantar setiap tiga tahun sekali bermula dari tahun 1845.
Baginda telah melantik adinda baginda, Syed Abdullah Jamalullail sebagai Raja Muda, Dato Arau sebagai Perdana Menteri dan para pembesar lain. Baginda juga memahsyurkan semula nama Indera Kayangan sebagai gelaran kepada Negeri Perlis. Di bawah pemerintahan baginda, Negeri Perlis telah dibahagikan kepada 22 mukim yang ditadbir oleh penghulu lantikan baginda. Pada tahun 1844, baginda telah menghantar anakanda sulung baginda, Syed Ahmad Jamalullail ke Bangkok untuk menghadap raja Siam bagi pelantikannya sebagai Raja Muda.
Pada tahun 1844 juga, Perlis di bawah pemerintahan baginda berjaya mengharungi satu iaitu pertikaian sempadan Perlis dengan Setul. Pada tahun 1859, Kubang Pasu telah diturunkan statusnya kembali menjadi daerah dalam Kesultanan Kedah. Hal ini terjadi selepas kemangkatan Raja Kubang Pasu, Tunku Anum diikuti perpecahan yang berlaku dalam kalangan pewaris takhta dan pembesar negeri. Apabila Kesultanan Kedah menuntut Siam mengembalikan Kubang Pasu kepada Kedah, permintaan ini telah ditunaikan oleh Raja Mongkut. Baginda mengambil iktibar daripada kejadian ini lalu baginda memperkuatkan lagi perpaduan dalam kalangan kerabat diraja dan pembesar Perlis.
Raja Syed Hussein Jamalullail mangkat di Istana Arau pada 21 November 1873, setelah 30 tahun memerintah Perlis. Baginda dikebumikan berdekatan Masjid Lama Arau. Baginda digantikan oleh anakanda baginda, Raja Syed Ahmad Jamalullail.
Leluhur
suntingKeturunan Raja Syed Hussein Jamalullail | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
Rujukan
suntingDidahului oleh - |
Raja Perlis I 20 Mei 1843 – 21 November 1873 |
Diikuti oleh: Raja Syed Ahmad Jamalullail |