Buka menu utama

Rand Afrika Selatan

(Dilencongkan dari Rand)

Rand adalah matawang rasmi Afrika Selatan. Ia mula diperkenalkan pada 1961, sebaik sahaja negara ini merdeka daripada jajahan British dan menjadi sebuah republik, menggantikan paun Afrika Selatan sebagai matawang yang sah. Satu Rand boleh dibahagikan kepada 100 "cent". Rand boleh didapati dalam 5 wang kertas (R10, R20, R50, R100 dan R200) dan 9 duit syiling (1c, 2c, 5c, 10c, 20c, 50c, R1, R2 and R5).

Rand Afrika Selatan
ISO 4217
KodZAR
Nombor710
Eksponen2
Jenis mata wang
Superunit
 16,500Krugerrand (nilai dipaut dengan 1 auns emas)
Subunit
 1/100cent (sen)
Bentuk jamakrand
Simbol mata wangR
cent (sen)c
Wang kertasR 10, R 20, R 50, R 100, R 200
Duit syiling10c, 20c, 50c, R 1, R 2, R 5, Krugerrand
Pengguna rasmi Afrika Selatan[a]
 Lesotho[b]
 Namibia[c]
 Eswatini[d]
Pengguna tidak rasmi Zimbabwe[e]
Pengeluaran
Bank pusatBank Rizab Afrika Selatan
 Laman sesawangwww.resbank.co.za
Nilai
Inflasi3.6% (Afrika Selatan sahaja)
 SumberBank Rizab Afrika Selatan, November 2010
 KaedahIHP
Dipancang denganloti Lesotho, lilangeni Swaziland, and dolar Namibia pada tara
Catatan kaki
  1. ^ Ahli Common Monetary Area.
  2. ^ Ahli Common Monetary Area, digunakan bersama loti Lesotho
  3. ^ Ahli Common Monetary Area, digunakan bersama dolar Namibia
  4. ^ A Common Monetary Area, digunakan bersama lilangeni Swaziland
  5. ^ Bersama dolar Zimbabwe (digantung sepenuhnya sejak 12 April 2009), euro, dolar AS, paun sterling, pula Botswana, rupee India, dolar Australia, Renminbi, and yen Jepun. Dolar Ameriika Syarkat dipergunakan sebagai matawang rasmi untuk kesemua urus niaga pemerintah negara tersebut.
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

PenamaanSunting

Matawang ini dinamakan sempena Witwatersrand (maksud dari bahasa Afrikaans: "rabung air putih") iaitu lombong emas pertama di Afrika Selatan yang dikenali dengan deposit emasnya ynag banyak.

SejarahSunting

Mata wang rand diperkenalkan dahulunya oleh Kesatuan Afrika Selatan pada 14 Februari 1961 iaitu tiga bulan sebelum tertubuhnya Republik Afrika Selatan.[1] Sebuah "suruhanjaya pempuluhan syiling" (Decimal Coinage Commission) telah ditubuhkan sebagai suatu proses peralihan daripada matawang yang sedia ada iaitu paun, shilling dan pence serta dicadangkan pada 8 Ogos 1958.[2] Matawang ini menggantikan paun Afrika Selatan sebagai tender sah negara ini pada kadar 2 rand kepada 1 pound, atau 10 shilling kepada 1 rand. Pemerintah negara tersebut memperkenalkan sebuah kempen pemgenalan mengenai matawang baru ini bersama maskotnya Decimal Dan (atau Dan Desimaal dalam bahasa Afrikaans) serta iklan radio[3] untuk memaklumkan perubahan matawang tersebut kepada orang ramai.[4]

Selepas serangan pengganas 11 September 2001 di New York, Amerika Syarikat, Rand mengalami kesan yang teruk berbanding dengan semua matawang asing, dan masalah dinegara jirannya iaitu Zimbabwe telah menurunkan nilai matawang ini. Pada Disember 2001, Rand telah mencecah tahap paling rendah iaitu 1 USD = 13.85 ZAR; Namun sejak akhir-akhir ini, Rand telah kembali kukuh terutamanya berbanding dolar Amerika. Satu suruhanjaya telah ditubuhkan untuk mengenalpasti sebab-sebab penurunan Rand, tetapi agak sukar untuk mencari sebab utama penurunannya.

Pada Ogos 2004, satu duit syiling R5 telah diperkenalkan dengan sekuriti baru untuk mengelakkan pemalsuan. Unsur-unsur sekuritinya termasuklah penggunaan imej dwi-logam dan huruf mikro atau "micro-lettering".

RujukanSunting

  1. ^ "From Van Riebeeck to Madiba". News24. 2012-09-12. 
  2. ^ "The Reserve Bank and the Rand: Some historic reflections". Resbank.co.za. 29 November 2001. Dicapai 2012-09-05. 
  3. ^ "'Decimal Dan' Sings: Catchy Tune Teaches New Currency". The Spokesman-Review. 10 January 1961. Dicapai 2012-09-05. 
  4. ^ A General's Story: from an Era of War and Peace, m/s 32

Pautan luarSunting