Sampah angkasa
Sampah angkasa, serpihan angkasa atau reja angkasa (space debris,[1] space waste atau space junk) ialah sisa-sisa bahan buatan manusia terpakai yang ditinggalkan di angkasa lepas seperti satelit lama dan sisa bahagian roket yang tertanggal hasil penguraian, hakisan mahupun pelanggaran dengan objek lain, serpihan-serpihan yang berkecaian ini boleh kekal terapung berselerak dalam orbit Bumi atau boleh memasuki semula batasan atmosfera Bumi.[2][3] Sebanyak hampir 20,000 objek buatan manusia yang cukup besar dijejaki berlegaran di orbit atas Bumi[4] setakat Oktober 2019 termasuk 2,218 buah satelit yang masih beroperasi.[5]
Sisa-sisa reja ini sendirinya boleh mendatangkan bahaya kepada kapal angkasa yang lalu-lalang di mana sebarang pelanggaran boleh menyebabkan tercalar komponen panel suria dan alat optik seperti teleskop (yang tidak dapat diberikan perlindungan yang seeloknya atas sebab tertentu[6]) malah jauh boleh objek angkasa itu sendiri musnah berkecai.[3] Kadar kemungkinan pelanggaran reja-reja ini yang meninggi juga boleh menyebabkan orbit Bumi tidak boleh ditembusi sekiranya keadaan ini berterusan tanpa wujudnya pengurusan yang sesuai.[7] Pengurusan serta pembersihan sisa-sisa ini ada digiatkan beberapa pihak yang menumpukan kepada hal ini.[8]
Ciri fizikal
suntingObjek sampah yang dikira dan dikenalpasti dari pengesanan radar ukuran meliputi julat dari sekecil 2 milimeter sehingga 10 melebihi 10 sentimeter.[9] Setakat Januari 2019[kemas kini], lebih 128 juta sisa reja diukir lebih kecil dari 1 sm, kira-kira 900,000 kepingan sisa yang dalam julat antara 1–10 sm dan sekitar 34,000 kepingan bersaiz melebihi 10 sm yang dapat dianggarkan berada pada orbit ini.[8]
Ancaman bahaya
suntingKepada objek angkasa lain
suntingHentaman serpihan kecil pada panel-panel suria boleh mewujudkan kepalan plasma yang boleh menjejaskan aliran elektrik kepada komponen elektronik panel.[10]
Pada tahun 1978, Donald J. Kessler dari NASA mengusulkan suatu kebarangkalian yang berlaku di mana sisa sampah yang berlegaran menjadi semakin padat sehingga akan ada suatu pelanggaran akan menyebabkan pelanggaran berikutan akibat serpihan terhasil berkecaian yang semakin bertambah dan berturutan, fenomena ini kemudiannya diungkapkan sebagai sindrom Kessler.[11][12]
Kepada manusia
suntingTerdapat banyak kejadian penghentaman sisa angkasa yang mengena di Bumi setelah memasuki atmosferanya.
- 1997: seorang perempuan di Oklahoma, Amerika Syarikat pernah ditimpa sisa besi berukuran 10 × 13 sm ditinggalkan dari suatu tangki perejang roket Delta II yang menghantar suatu satelit milik Tentera Udara Amerika Syarikat pada tahun sebelumnya.[13]
- 2002: seorang anak muda berusia 6 tahun di Shaanxi, China cedera di jari kaki dan kepala setelah dihempap seketul aluminium 80 × 50 sm dengan berat 10 kilogram dari sebuah satelit yang jatuh setelah mengena pokok kesemek tempat berehatnya.[14]
- 2006: Puing dari tabung helium bertekanan roket Falcon 6 menghentam di orbit bumi desa Lombang, Kabupaten Sumenep di Madura, Indonesia tidak lama selepas berlegar menghampiri pulau tersebut.[15]
- 2020: Sebatang paip berukuran 12 meter dari bahagian teras roket Changzheng-5B milik China menghempap di kampung Mahounou in Cote d'Ivoire tidak lama setelah memasuki atmosfera secara tidak dijangka melintasi pesisiran Atlantik barat Afrika.[16]
Rujukan
sunting- ^ "'space debris' - Istilah MABBIM". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 26 April 2018.
- ^ "Soalan Lazim Serpihan Angkasa". Agensi Angkasa Malaysia. 9 Mei 2021. Dicapai pada 24 Julai 2021.
- ^ a b "Sampah Sarap Angkasalepas". Majalah Sains. 22 Januari 2012. Dicapai pada 24 Julai 2021.
- ^ Templat:Cite newsletter
- ^ "UCS Satellite Database". Nuclear Weapons & Global Security. Union of Concerned Scientists. 16 December 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 December 2019. Dicapai pada 24 December 2019.
- ^ "The Threat of Orbital Debris and Protecting NASA Space Assets from Satellite Collisions" (PDF). Space Reference. 2009.
- ^ "Problem Weltraumschrott: Die kosmische Müllkippe". Der Spiegel - Wissenschaft. SPIEGEL ONLINE. Dicapai pada 22 April 2017.
- ^ a b "Space debris by the numbers". Space Debris Office. Agensi Angkasa Eropah. Januari 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mac 2019.
- ^ "Orbital Debris FAQ: How much orbital debris is currently in Earth orbit?" Diarkibkan 25 Ogos 2009 di Wayback Machine NASA, March 2012. Retrieved 31 January 2016
- ^ Akahoshi, Y.; dll. (2008). "Influence of space debris impact on solar array under power generation". International Journal of Impact Engineering. 35 (12): 1678–1682. doi:10.1016/j.ijimpeng.2008.07.048.
- ^ Olson, Steve (Julai 1998). "The Danger of Space Junk". The Atlantic.
- ^ Donald J. Kessler and Burton G. Cour-Palais (1978). "Collision Frequency of Artificial Satellites: The Creation of a Debris Belt". Journal of Geophysical Research. 83 (A6): 2637–2646. Bibcode:1978JGR....83.2637K. doi:10.1029/JA083iA06p02637.
- ^ Namri Sidek (8 Mac 2018). "Pernah dengar kisah sisa angkasa jatuh tepat menghempap tubuh manusia?". Iluminasi.
- ^ Maley, Paul. "SPACE DEBRIS: 1960-1980". Dicapai pada 7 Mei 2021.
- ^ Dendi Ramdhani (7 Oktober 2016). "Puing Falcon 9 di Sumenep adalah Sampah Antariksa Terbesar yang Jatuh di Indonesia". KOMPAS.
- ^ O'Callaghan, Jonathan (12 May 2020). "Chinese Rocket Debris May Have Fallen On Villages In The Ivory Coast After An Uncontrolled Re-Entry". Dicapai pada 7 May 2021.