Ribbit
Ribbit ialah tahun 2013 sebuah filem komedi animasi komputer dari Malaysia yang dihasilkan oleh KRU Studios & Crest Animation Studios. Ia diarahkan oleh Chuck Powers dan skrip ditulis bersama Hamir Afizi dan menampilkan lakon suara daripada bintang-bintang besar Hollywood seperti Sean Astin, Russell Peters, Tim Curry dan Cherami Leigh, diterbitkan oleh Shireen M. Hashim.[3][4]
Ribbit | |
---|---|
RIBBIT (font).png | |
Pengarah | Chuck Powers, Mamat Khalid (versi Malaysia) |
Penulis | Chuck Powers, Hamir Afizi |
Dihasilkan oleh | Shireen M. Hashim |
Dibintangi | Johan Awie Elfira Loy Aznil Nawawi Izzue Islam |
Disunting oleh | Ezaisyirwan Basri |
Muzik oleh | Edry Abdul Halim |
Syarikat penerbitan | Crest Animation Studios Western Pictures |
Diedarkan oleh | KRU Studios |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 1 Jam 28 Minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Inggeris Melayu |
Bajet | RM 10 juta [1] |
Pecah panggung | RM 4 juta (anggaran kasar)[2] |
Plot
suntingSepanjang hidupnya, Ribbit merasakan dirinya berbeza daripada semua katak lain. Untuk mencari tujuan dalam hidupnya, Ribbit memulakan perjalanan yang luar biasa melalui hutan hujan Amazon. Semasa perjalanan ini, Ribbit secara tidak sengaja dihipnotis supaya percaya bahawa dia adalah seorang putera manusia yang terperangkap dalam tubuh katak. Yakin bahawa dia kini memahami mengapa dirinya berbeza, Ribbit berangkat untuk mencari Puteri yang ciumannya akan menyelesaikan semua masalahnya. Disertai oleh sahabat baiknya, tupai betina bernama Sandy, Ribbit bertemu dengan pelbagai karakter yang unik dan berwarna-warni dalam kembaranya dalam kisah ini.
Watak
suntingVersi BI | Versi BM | Peranan |
---|---|---|
Sean Astin | Johan Raja Lawak | Ribbit - seekor katak panah beracun dengan krisis identitinya, protagonis utama |
Cherami Leigh | Elfira Loy | Sandy (Siti) - seekor tupai terbang betina yang merupakan kawan baik Ribbit |
Elza Irdalynna | Misha The Glam Girls | Luciano (Misha) - anak harimau oselot |
Yati The Glam Girls | Rafa (Yati) - anak harimau oselot | |
Amelia Henderson | Alia The Glam Girls | Marcella (Alia) - anak harimau oselot |
Russel Peters | Awie Wings | Deepak (Kulup) - seekor kelawar dengan jawapan kepada persoalan hidup |
Abigail Cole | Hani Safya | Bianca (Rauf) - anak monyet lolong |
Lydia Lubon | Jihan Muse | Carla (Kak Yong) - Ibu Bianca (Rauf) |
Carey Van Driest | Sharifah Sakinah | Avelina (Gina) - adik Carla (Kak Yong) |
Chuck Powers | A.R Badul | Grandpa (Ayah Ngah) - Suami Kak Yong & abang Gina |
Tim Curry | Datuk Aznil Hj Nawawi | Terrence (Mat Rompi) - seekor tukan dengan paruh berwarna-warni |
Sonny Franks | Adam AF | Kai (Balan) - seekor kaiman yang hidup di kawasan air terjun, antagonis utama |
Munir Phyne Ballers | Ollie (Ali) - pasangan Jojo (Milah) | |
Chrisrina Orow | Jihan Muse | Jojo (Milah) - seekor manati |
Kennie Dowle | Izzue Islam | Labah-labah |
Valentine Cawley | One Forteen | Witch Doctor (Dukun Istana) |
Ali Astin | Norisnaini Ali | Princess (Puteri) - bakal pemimpin suku Amazon |
Muzik
suntingTema muzik utama filem ini adalah Magical Moment, sebuah duet oleh kumpulan R&B Amerika Az Yet dan Jaclyn Victor, juara Malaysian Idol. Lagu lain pada trek muzik adalah Destiny, yang dihasilkan oleh DJ Motiv8 dan disampaikan oleh SuPreme yang menampilkan Felice LaZae.
Keluaran
suntingFilem ini telah dipersembahkan di Pesta Filem Cannes pada 2012 di peringkat projek.[5] Ia telah dikeluarkan secara teatrik di Malaysia pada 4 Jun 2013. Ia dikeluarkan di Amerika Syarikat dalam bentuk DVD pada 25 Jun 2013.
Rujukan
sunting- ^ "Band boy done good" The Star Online Hariati Azizan Dicapai pada 24 April 2019.
- ^ "Wheely Laris, Filem Animasi Setanding Filem Antarabangsa" Media Hiburan, Wani Ariffin Dicapai pada 24 April 2019
- ^ [1] mStar Ribbit Selit Nilai Moral Dalam Humor Dicapai 24 April 2019.
- ^ https://variety.com/2013/film/asia/russell-peters-sean-astin-say-ribbit-to-malaysian-animation-1201137675/ Russell Peters Sean Astlin Say Ribbit To Malaysian Animation Dicapai 26 April 2019
- ^ Law, John. "Niagara Film Fest wraps up big first year", Niagara Falls Review, Niagara, 23 Januari 2013. Dicapai pada 24 April 2014.