Rintangan elektrik ialah ukuran penentangan terhadap pengaliran arus elektrik di dalam sesebuah litar lengkap oleh komponen perintang (atau apa-apa objek). Dalam persamaan elektrik, ia sering diwakili oleh simbol R. Unit Sistem Antarabangsa yang mewakili ukuran ini dinamai ohm (Ω).

Perintang 750-kΩ

Rintangan sesuatu objek ditakrifkan sebagai nisbah voltan melintasinya (V) kepada arus yang melaluinya (I), sementara kealiran (G) ialah songsangannya:

Konduktor dan perintangSunting

Benda-benda seperti wayar yang direka supaya berintangan rendah agar arus yang dibawanya mempunyai kehilangan tenaga elektrik terendah disebut koduktor. Benda-benda yang direka supaya ada rintangan tertentu agar boleh melesapkan tenaga elektrik atau sebaliknya mengubah perilaku litar disebut perintang. Konduktor diperbuat daripada bahan-bahan berkealiran tinggi seperti logam, khususnya kuprum dan aluminium. Perintang sebaliknya diperbuat daripada beraneka bahan bergantung kepada faktor-faktor seperti rintangan yang dikehendaki, jumlah tenaga yang ingin dilesapkan, kepersisan, dan kos.

Lihat jugaSunting