Rodolphus Lestrange

Rodolphus Lestrange merupakan seorang Death Eater, suami kepada Bellatrix Lestrange, dan abang kepada Rabastan Lestrange. Keluarga Lestrange dianggap oleh Lord Voldemort sebagai penyokong dan pengikutnya yang paling setia dalam kedua-dua perang.

Watak Harry Potter
Rodolphus Lestrange
Jantina Lelaki
Warna rambut Hitam kekelabuan
Warna mata Kelabu
Rumah Slytherin
Sekolah Hogwarts
Keturunan keturunan sihir tulen
Sekutu Death Eater
Kemunculan pertama Harry Potter and the Goblet of Fire(buku)

Harry Potter and the Order of the Phoenix(filem)

Watak Harry Potter
Rabastan Lestrange
Jantina Lelaki
Warna rambut Hitam
Warna mata Kelabu
Rumah Slytherin
Sekolah Hogwarts
Keturunan keturunan sihir tulen
Sekutu Death Eater
Kemunculan pertama Harry Potter and the Goblet of Fire(buku)

Harry Potter and the Order of the Phoenix(filem)

Bellatrix dan Rodolphus, bersama Rabastan dan Barty Crouch Jr., telah bertanggungjawab terhadap penyiksaan Alice dan Frank Longbottom hingga menjadi tidak siuman ketika anak pasangan itu, Neville, masih bayi. Seperti juga isterinya, Rodolphus telah ditangkap dan ditempatkan di Azkaban selepas kejatuhan pertama Voldemort.

Dia dan Bellatrix lepas lari dari penjara dengan pemberontakan Dementor pada 1996 bersama lapan Death Eater yang lain, termasuk adiknya. Rodolphus turut serta dalam Pertarungan di Jabatan Misteri selepas itu, dan kemungkinan ditangkap, walaupun isterinya tidak.

Pada 1997, dia sekali lagi berleluasa, dan menyertai serangan di Little Whinging, menyerang Nymphadora Tonks dan Ron Weasley, yang menyamar sebagai Harry Potter dengan Posyen Polijus, bersama isteri dan Death Eater yang lain. Pada ketika itu, Tonks mencederakan Rodolphus.

Selepas kekalahan mutlak Voldemort ketika Peperangan Hogwarts, Rodolphus mungkin telah terbunuh atau dipenjarakan.

Etimologi sunting

  • Rodolphus merupakan Latin bagi nama 'Rudolf', dan mungkin merujuk kepada pegawai Nazi Rudolf Hess, memandangkan ideologi Death Eater mempunyai persamaan Nazisme, menurut J.K. Rowling.
  • Nama 'Lestrange' merupakan penghampiran kepada frasa Perancis "l'étrange", secara harfiahnya bermaksud "yang pelik". Dalam Perancis lama, ia akan tertulis "l'estrange", yang juga boleh dikaitkan dengan penulis jurnal Inggeris Roger L'Estrange, yang terkenal dengan penentangan toleransi antara agama dan terlibat dengan plot mementang kerajaan William dan Mary.[1]

Trivia sunting

J.K. Rowling mendedahkan bahawa cinta sejati Bellatrix Lestrange ialah Voldemort, dan mengatakan bahawa perkahwinan dengan Lestrange tidak memberi kesan, sekurang-kurangnya pada bahagian Bellatrix, yang hanya merujuk kepada perkahwinan bersama darah tulen. Perasaan Rodolphus, walau bagaimanapun, tidak diketahui.