Rohaya Rahman atau nama sebenarnya Zabidah Ibrahim (25 November 1937 – 10 Januari 1998) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau dikenali setelah membintangi filem Do Re Mi arahan P. Ramlee.[1]

Rohaya Rahman
Kelahiran
Zabidah binti Ibrahim

(1937-11-25)25 November 1937
Meninggal dunia10 Januari 1998(1998-01-10) (umur 60)
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1966–1998
PasanganRahman B.

Kehidupan peribadi

sunting

Rohaya Rahman merupakan isteri kepada tokoh bangsawan dan penerima Anugerah Seniman Negara keenam pada tahun 2004, Abdul Rahman Abu Bakar atau Rahman B.[2]

Kerjaya

sunting

Antara filem-filem yang pernah dilakonkan oleh Rohaya Rahman seperti Kanchan Tirana, Tuan Badul, Aku Yang Berhormat, Tujuh Biang Keladi dan beliau banyak terlibat dalam drama tv sekitar tahun 1980-an sehingga 1990-an. Beliau juga turut bergiat aktif dengan kumpulan bangsawan Bintang Timor milik suaminya.[3]

Kematian

sunting

Beliau telah meninggal dunia pada 10 Januari 1998 di usia 60 tahun. Rohaya Rahman dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
1966 Do Re Mi Minah Filem pertama
1969 Kanchan Tirana Ibu Kanchan
Panglima Harimau Berantai Ibu Tanjong
1972 Chengkaman Maut Ibu Tini
1979 Tuan Badul
1980 Potret Maria Milah
1983 Aku Yang Berhormat
1984 Tujuh Biang Keladi Mak Aji Hawa Penampilan istimewa
1987 Puteri Isteri Pak Amin Filem terakhir

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1989 Lain Tunang "Eh" Kawin Lain TV3
Tahun Tajuk
1991 Pampers

Pautan luar

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Facebook". www.facebook.com. Dicapai pada 2024-04-19.
  2. ^ "Facebook". www.facebook.com. Dicapai pada 2024-04-19.
  3. ^ "Repair Gambar Lama - SIAPA MINAH? Siapa yang mati dulu, Do ke Minah? Itulah persoalan ditinggalkan oleh P.Ramlee yang masih belum lagi terjawab sehingga sekarang. Siapakah pelakon yang membawa watak Minah ini? Beliau ialah Rohaya Rahman atau nama sebenarnya Zabidah Bt. Ibrahim. Dilahirkan pada 25 November 1937 dan meninggal dunia pada 10 Januari 1998. Rohaya merupakan isteri kepada tokoh bangsawan dan penerima Anugerah Seniman Negara keenam pada tahun 2004, Abdul Rahman Abu Bakar atau Rahman B. Antara filem-filem yang pernah dilakonkan oleh Rohaya Rahman seperti Kanchan Tirana, Tuan Badul, Aku Yang Berhormat, Tujuh Biang Keladi dan beliau banyak terlibat dalam drama tv sekitar tahun 1980-an sehingga 1990-an. Beliau juga turut bergiat aktif dengan kumpulan bangsawan Bintang Timor milik suaminya. Rohaya Rahman dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Teks : HAR Sumber : Berita Filem Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik | Facebook". www.facebook.com. Dicapai pada 2024-04-19.