Said Aldahshan

peguam hak asasi manusia Palestin

Dr. aid Talal Said Aldahshan ialah seorang peguam hak asasi manusia Palestin. Beliau bertugas sebagai ketua unit undang-undang bagi Persatuan Hubungan Undang-Undang dan Politik Baitulmaqdis yang berpusat di Istanbul, Turki sejak Mei 2018[1]. Beliau pernah menjadi pensyarah di Universiti Islam Gaza pada 2002 hingga 2007.[1] Beliau turut pernah menjadi Ketua Pengarah di Pejabat Menteri di Kementerian Hal Ehwal Luar Palestin.[1]

Dr.

Said Aldahshan

Ph.D (Al-Jinan), Ph.D (USIM)
Kelahiran
Said Talal Said Aldahshan

(1972-03-17)17 Mac 1972
Gaza, Palestin
Meninggal dunia11 Oktober 2023(2023-10-11) (umur 51)
Genting Gaza, Palestin
Sebab kematianSerangan dalam perang Israel-Palestin
PendidikanDoktor Falsafah (Ph.D) Syariah dan Undang-undang
Pusat pendidikanUniversiti Sains Islam Malaysia

Beliau ialah alumni Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang.[2] Beliau memperoleh Doktor Falsafah (Ph.D) Syariah dan Kehakiman dari universiti berkenaan pada 2019[3][1].

Beliau bersama-sama isteri dan anak-anaknya meninggal dunia akibat serangan bom Israel di Gaza, Palestin pada 11 Oktober 2023.[2] Berita kematian beliau telah mendapat perhatian daripada pengurusan USIM.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d "Dr. SAID TALAL ALDAHSHAN KUDSIDER". kudsider.org. Dicapai pada 2023-10-13.
  2. ^ a b c "ALUMNI USIM SYAHID DALAM SERANGAN BOM REJIM ZIONIS". ALHIJRAH ONLINE (dalam bahasa Inggeris). 2023-10-12. Dicapai pada 2023-10-13.
  3. ^ "Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia 2021" (PDF). Dicapai pada 13 Oktober 2023.