Ansar Channel yang kini ditukar kepada TV AlHijrah, terdapat di stesen berbayar MiTV merupakan saluran televisyen pertama yang menawarkan rancangan berunsur Islam dan dakwah sepenuhnya di Malaysia. Rancangan-rancangan yang ditawarkan adalah berbentuk muzikal tempatan dan luar negara, drama, filem, gaya hidup, bual bicara, dokumentari dan sebagainya. Saluran ini terdapat di saluran 10 dalam Citra Bouquet.

Rancangan sunting

  • Furqan - Sebuah rancangan yang mendalami ilmu-ilmu Tajwid.
  • Hikmah - Rancangan bersiri khas untuk kaum Cina di Malaysia yang beragama Islam untuk mendalami dan mengetahui keindahan agama Islam.
  • Fikir-fikir
  • KAFA - Sebuah rancangan bersiri khas bagi kanak-kanak dalam mengenali asas-asas Muqaddam dan al-Quran serta Fardhu Ain.
  • Hawa - Sebuah rancangan majalah khas untuk wanita yang melibatkan aktiviti-aktiviti dan kemajuan yang diperolehi oleh wanita masa kini.
  • Dunia Islam - Sebuah dokumentari yang mengisahkan mengenai keutuhan etnik Muslim dalam dunia Islam dan menceritakan persamaan dan keseimbangan norma-norma kehidupan umat Islam di seluruh dunia.
  • Real Stor Behind The Iron Curtain
  • Journey Of Enlightment - Mengisahkan sebuah perjalanan seorang musafir dalam mencari keagungan sinar Islam di seluruh negara-negara Islam yang memperlihatkan pertembungan budaya dan adat resam yang berbeza.
  • Kompilasi Klip Video Nasyid
  • Drama Naik Tangga Turun Tangga - sebuah drama yang pernah popular di TV3
  • Wasilah - rancangan kerjasama dengan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Pautan luar sunting