Sambal belacan (سمبل بلاچن) merupakan satu hidangan sampingan yang biasanya dimakan bersama ikan ataupun ulam. Sambal belacan pada amnya merupakan cili yang ditumbuk bersama belacan, garam dan sedikit gula[1].Ia hidangan sampingan yang terkenal di Malaysia pelengkap bagi Hidangan kampung atau Masakan Melayu Malaysia.

Sambal tumis
Sambal belacan
Tempat asalMalaysia
Dicipta olehMelayu Malaysia
Bahan utamaCili
Bahan yang biasa digunakanbawang putih, bawang merah, belacan, Tomato, cili, Cili padi, garam, gula, limau kasturi
Keragaman/variasiSambal bacang, Sambal kemang, Sambal tempoyak
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sambal belacan juga boleh dicampurkan dengan tempoyak bagi menyedapkannya. Bagi mereka yang meminati sambal belacan pedas, cili padi atau juga dikenali sebagai cili api, akan digunakan bagi menggantikan lada besar. Juga boleh ditambah dengan limau kasturi sebagai penyedap rasa.[2]

Galeri

sunting
 
Sambal belacan pekat menggunakan lesung batu
 
Tempoyak pedas - dihidang bersama sambal belacan.
 
Sambal bacang

Variasi

sunting

Sambal belacan juga sudah diinovasikan menjadi pelbagai:

Resepi sambal belacan

sunting
  1. Cili Besar
  2. Cili Padi
  3. Buah Tomato
  4. Belacan
  5. Asam Jawa
  6. Garam
  7. Gula
  8. Limau Nipis

Cara menghasilkan sambal belacan

sunting

Tumbuk cili padi dan belacan.Lepas tu masukan Cili besar tumbuk sederhana atau 3/4 pecah.Masukkan buah tomato dan lenyekkan sahaja. Air perahan asam jawa campurkan dengan sambal itu tadi. Campurkan garam dan gula secukup rasa. Kurangkan gula dan elakkan penyakit kencing manis.

Cadangan hidangan

sunting

Makan bersama nasi putih, lauk pauk dan ulam timun.Tidak sesuai dimakan bersama nasi beryani atau nasi minyak, namun ianya sebagai penambah selera makan.

Rujukan

sunting
  1. ^ Di mana masakan Melayu?. Utusan Malaysia. Capaian 3 April 2012.
  2. ^ Keistimewaan perisa limau kasturi. Utusan Malaysia. Capaian 3 April 2012.

Pautan luar

sunting