Samurai (penggodaman)

Dalam keselamatan komputer, samurai adalah penggodam yang digajikan bagi kerja penggodaman yang sah, contohnya seperti merisik bagi pihak dalam petikaian politik korporat, peguam yang menekankan hak-privasi dan kes Pindaan Pertama kepada Perlembagaan Amerika Syarikat (First Amendment to the United States Constitution), dan pihak lain yang memerlukan perkhidmatan sah tukang kunci elektronik.

Pada tahun 1991, media utama melaporkan kewujudan budaya samurai dengan ikatan longgar yang bertemu secara elektronik di BBS, sebahagian besarnya remaja pintar dengan komputer mikro peribadi; mereka meniru dengan jelas samurai Jepun dalam sejarah dan "koboi jaring" novel punksiber William Ford Gibson. Mereka yang ditemubual mendakwa mematuhi etika ketat taat kepada majikan mereka dan membenci vandalisme dan kecurian yang dilakukan oleh penjenayah penggertak sebagai tidak layak bagi mereka dan bertentangan dengan etika penggodam; sebahagian mereka menyebut buku Miyamoto Musashi, Book of Five Rings, doktrin klasik samurai dalam sejarah, sebagai menyokong prinsip ini.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  • Teks asal daripada penggodam di talian Jargon File, versi 4.4.2, 22 Mei 2003