Sangeet Kaur Deo

Sangeet Kaur Deo a/p Karpal Singh (lahir 1980 di Bukit Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia) ialah seorang peguam Malaysia. Beliau ialah anak perempuan tunggal kepada ahli politik dan peguam, Karpal Singh.[1]

Kerjaya guamanSunting

Beliau memulakan kerjayanya sebagai peguam, mengikut jejak langkah bapanya, Karpal Singh dan tiga abangnya, Jagdeep Singh Deo, Gobind Singh Deo dan Ramkarpal Singh yang semuanya berkecimpung dalam bidang guaman.

Pada Julai 2019, beliau meminta Ketua Hakim Negara baru, Tengku Maimun Tuan Mat untuk menyiasat semula dakwaan masuk campur dalam kes hasutan bapanya.[2]

Pada 12 Mac 2020, Sangeet Kaur menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memfaikan saman terhadap bekas Ketua Hakim Negara berhubung dakwaan campur tangan badan perundangan dalam kes hasutan yang dihadapi oleh bapanya, Karpal Singh dan penukaran agama tiga kanak-kanak Hindu. Beliau memfaikan notis pemberhentian rayuan pada 9 Mac.[3]

RujukanSunting

  1. ^ "Following her father's footsteps into politics". The Star Online. 22 April 2018. Dicapai pada 9 September 2018.
  2. ^ "Karpal's daughter asks new CJ to probe interference claims afresh". The Edge Markets. 12 Julai 2019. Dicapai pada 9 September 2019.
  3. ^ "Anak mendiang Karpal Singh tarik balik rayuan saman". Sinar Harian. 12 Mac 2020. Dicapai pada 9 September 2020.