Taiwan pada asalnya adalah jajahan Jepun pada tahun 1895-1945, hasil kekalahan teruk dinasti Qing selepas Perang China-Jepun Pertama. Selepas kekalahan yang dialami Jepun pada Perang Dunia Kedua, Taiwan telah diberikan kepada tentera Perikatan dan diduduki oleh Republik China. Ia diperintah oleh kerajaan tentera yang korup, lantas ia terjerumus kedalam keadaan kelam-kabut yang mencapai kemuncaknya pada peristiwa 228. Darurat telah diistiharkan pada tahun 1948.

Sejarah China
Sejarah China
Sejarah China
PURBA
3 Tokoh Mulia & 5 Maharaja
Dinasti Xia 2100–1600 BCE
Dinasti Shang 1600–1046 BCE
Dinasti Zhou 1045–256 BCE
 Zhou Barat
 Zhou Timur
   Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh
   Zaman Negeri-Negeri Berperang
Maharaja
Dinasti Qin 221 BCE–206 BCE
Dinasti Han 206 BCE–220 CE
  Han Barat
  Dinasti Xin
  Han Timur
Tiga Kerajaan 220–280
  Wei, Shu & Wu
Dinasti Jin 265–420
  Jin Barat 16 Kerajaan
304–439
  Jin Timur
Dinasti-dinasti Utara & Selatan
420–589
Dinasti Sui 581–618
Dinasti Tang 618–907
  ( Zhou Kedua 690–705 )
5 Dinasti &
10 Kerajaan

907–960
Dinasti Liao
907–1125
Dinasti Song
960–1279
  Song Utara Xia Barat
  Song Selatan Jin
Dinasti Yuan 1271–1368
Dinasti Ming 1368–1644
Dinasti Qing 1644–1911
MODEN
Republik China 1912–1949
Republik Rakyat China
1949–kini
Republik
China

(Taiwan)
1945–kini

Dalam keadaan tidak menentu ini, selepas kekalahan yang dialami kerajaan parti KMT di tanah besar China pada tahun 1949, Chiang Kai-shek mengberi order berpindah ke pulau Taiwan dan mengistiharkan bandaraya Taipei sebagai ibu negara sementaranya. 2 juta penduduk tanah besar China juga telah mengikuti beliau ke Taiwan, lantas menjadikan jumlah penduduk pulau kecil itu bertambah ke 8 juta.

Semasa era Perang Dingin, Republik China dinampakkan Barat sebagai "Negara China yang bebas" dan suatu bentuk penentangan terhadap Komunisme, manakala Republik Rakyat China telah dilihat sebagai "China Merah" atau "China Komunis". Kerajaan Republik China diiktiraf sebagai satu-satunya kerajaan keseluruhan tanah besar China dan Taiwan yang sah oleh PBB dan kebanyakan negara Barat sehingga tahun 1970-an. Negara Timur juga sedemikian rupa.

Taiwan terus berada di bawah pemerintahan darurat seperti yang diperuntukkan di bawah "Provisyen Sementara Efektif Semasa Pemberontakan Komunis" (動員戡亂時期臨時條款) dan pemerintahan satu parti sehingga empat dekad dari tahun 1948 ke tahun 1987, apabila Presiden Chiang Ching-kuo dan Lee Teng-hui, iaitu Presiden pertama Taiwan yang merupakan penduduk tempatan, secara beransur mengliberalisasikan dan mengdemokrasikan system pemerintahan.

Pada tahun 2000, Chen Shui-bian dari parti pro-Merdeka Parti Progresif Demokrat (DPP) memenangi pilihan raya presiden dan menjadi Presiden pertama ROC yang bukan daripada parti KMT. Dalam pilihanraya presiden yang berlangsung pada tahun 2004, selepas peristiwa penembakan 19/3 yang berlaku satu hari sebelum hari mengundi, Chen dilantik semula sebagai Presiden Taiwan dengan kemenangan tipis 0.2%. Parti pimpinan Chen, DPP, juga gagal menguasai dewan undangan dengan memenangi mejoriti kerusi, dan kalah kepada parti KMT yang mahukan penyatuan semula dengan tanah besar China pada tahun 2005. Akan tetapi, DPP berjaya menguasai Dewan Undangan Nasional Republik China.

Lihat juga sunting