Sekhemti (Jawi: سخمتي, IPA: /sɛxɛmti/), juga dikenali sebagai pskent (IPA: /ˈskɛnt/; daripada Yunani Purba ψχεντ) dan dwimahkota, ialah suatu mahkota berganda yang dipakai oleh pemerintah Mesir purba. Orang Mesir purba dahulu memanggilnya sekhemti, yang bermaksud Dua Yang Berkuasa.[1] Mahkota ini menggabungkan kedua-dua mahkota putih Hedjet dari Mesir Hulu dan mahkota merah Desyret dari Mesir Hilir.

Sekhemti, mahkota berganda Mesir

Sekhemti melambangkan kuasa seorang firaun ke atas seluruh Mesir bersatu.[2] Ia mempunyai dua lambang binatang: ular tedung Mesir, dikenali sebagai iaret, yang berdiri seakan-akan untuk mematuk dan melambangkan dewi Wadjet dari Mesir Hilir; dan burung hering Mesir yang melambangkan dewi penaung Mesir Hulu Nekhbet. Ini berdua diletakkan di depan mahkota Sekhemti dan dipanggil Nebty (Dua Empuan). Kemudiannya, kepala burung hering kadangkala digantikan dengan ular tedung yang kedua.[rujukan diperlukan]

SejarahSunting

Sekhemti
"Mahkota berganda"
dalam hieroglif
S5
 
S6

Penciptaan Sekhemti biasanya dikatakan dibuat di zaman Wangsa Pertama oleh firaun Menes, tetapi yang pertama memakainya ialah firaun Djet dari Wangsa Pertama: sebuah ukiran batu menunjukkan Horusnya memakai mahkota tersebut.[3]

Senarai raja pada Batu Palermo, yang mempunyai nama-nama firaun Mesir Hilur (kini ia dipercayai bahawa ia separa dewa daripada mitos), digambarkan memakai Mahkota Merah, menandakan penyatuan negeri mereka dengan memberikan Sekhemti kepada semua firaun dari Wangsa Pertama dan firaun-firaun yang berikutan.[4] Cebisan Kaherah sebaliknya pula menggambarkan pemerintah-pemerintah prasejarah ini memakai mahkota Sekhemti.[5]

ArkeologiSunting

Sama seperti mahkota-mahkota Desyret dan Hedjet, tiada satu pun mahkota Sekhemti yang dijumpai. Ia hanya pernah ditemui dalam tugu-tugu, gambaran, lukisan, dan hikayat purbakala.

MitologiSunting

Salah seorang dewa yang memakai mahkota Sekhemti ialah Horus[6] dan Atum atau Ra kedua-dua melambangkan si firaun atau mempunyai hubungan istimewa dengan firaun.[7]

GaleriSunting

Lihat jugaSunting

  • Atef – mahkota putih dengan bulu di sisinya yang digunakan untuk dewa Osiris
  • Desyret – mahkota merah bagi Mesir Hilir
  • Hedjet – mahkota putih bagi Mesir Hulu
  • Khepresh – mahkota biru atau mahkota perang, juga dikenali sebagai mahkota diraja
  • Iaret – Ular kebesaran diraja

RujukanSunting

  1. ^ Griffith, Francis Llewellyn, A Collection of Hieroglyphs: A Contribution to the History of Egyptian Writing, the Egypt Exploration Fund 1898, h.56
  2. ^ Dunand, Françoise; Christiane Zivie-Coche, Gods and Men in Egypt: 3000 BCE to 395 CE, Cornell University Press 2004, hh.32f.
  3. ^ Wilkinson, Toby A. H., Early Dynastic Egypt, Routledge 1999, h.196
  4. ^ Fage, John Donnelly; Desmond J. Clark, Roland Anthony Oliver, A. D. Roberts, The Cambridge History of Africa, Cambridge University Press 1974, h.521
  5. ^ Kemp, Barry John, Ancient Egypt: Anatomy Of A Civilization, Routledge 2006, h.92
  6. ^ Zandee, Jan, Studies in Egyptian Religion: Dedicated to Professor Jan Zandee, Brill 1982, h.74
  7. ^ The New Encyclopædia Britannica, Encyclopædia Britannica, Inc. 2005, h. 689

Pautan luarSunting

  •   Kategori berkenaan Sekhemti di Wikimedia Commons
  •   Takrifan kamus sekhemti di Wikikamus