Sekolah Antarabangsa Kyiv

Sekolah Antarabangsa Kyiv ialah sebuah sekolah antarabangsa persendirian yang terletak di Kyiv, Ukraine. Ia dibuka pada 1992. Sekolah ini menjadi anggota kepada Sekolah Kualiti Antarabangsa (QSI), sebuah konsortium tanpa untung bagi sekolah-sekolah persediaan ke kolej yang mengikuti kurikulum antarabngsa gaya Amerika Syarikat. Ia juga merupakan anggota bagi Persatuan Sekolah Eropah Tengah dan Timur (CEESA).[1] Sekolah ini beroperasi dengan kelulusan daripada pemerintah Ukraine dan menawarkan pendidikan prasekolah hingga Gred 12 dalam bahasa Inggeris, termasuk program diploma International Baccalaureate[2], begitu juga kursus Penempatan Lanjutan (AP). Tahun persekolahan bagi sekolah ini ialah dari Ogos hingga Jun.

Sekolah Antarabangsa Kyiv
Lokasi
Kyiv
Ukraine
Maklumat
JenisSwasta, antarabangsa
MotoKejayaan Untuk Semua
Ditubuhkan1992
Pengarah SekolahRachel Geary
Fakulti110 (sebelum 24 Februari 2022)
GredPrasekolah - Gred 12
Kemasukan770+ (sebelum 24 Februari 2022)
Purata saiz kelas16 pelajar
Warna         Merah & hitam
MaskotKozak
PentauliahanPersatuan Kolej dan Sekolah Negeri-negeri Tengah, AP Capstone, International Baccalaureate
Laman sesawang
Map

Kemudahan sunting

Sekolah ini mempunyai kampus seperti taman dengan kawalan keselamatan 24 jam. Kampus ini dibina dengan tujuan sekolah ini dan merangkumi pusat pembelajaran, bilik deriaan, makmal seni, muzik dan teknologi, sebuah auditorium, sebuah kolam renang tertutup, sebuah gimnasium dengan tembok panjat, pusat kecergasan, sebuah kafetaria, sebuah bar makanan ringan, taman permainan moden, padang bola sepak, sebuah gelanggang bola keranjang terbuka dan sebuah kawasan kecerdasan terbuka.

Perang di Ukraine sunting

Disebabkan perang di Ukraine, sekolah ini bertukar ke pembelajaran dalam talian dari Februari 2022 hingga Februari 2023. Pada 8 Februari 2023, sekolah ini membuka semula kampusnya, sementara beroperasi dalam keadaan yang luwes. Bermula Ogos 2023, sekolah ini sepenuhnya kembali beroperasi secara fizikal.

Rujukan sunting

  1. ^ "QSI Schools". CEESA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-16. Dicapai pada 2014-07-08.
  2. ^ KIS at ib Site

Pautan luar sunting