Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway Semenyih

Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway Semenyih atau nama ringkasnya SKBSS, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan di Bandar Sunway Semenyih dan Taman Desa Mewah.

Pada 2022, Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway Semenyih memiliki 900 pelajar dan mempunyai seramai 52 orang guru.

Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway Semenyih
Lokasi
Bandar Sunway Semenyih, Kajang
43500, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Moto"PENDIDIKAN BERKUALITI", INSAN TERDIDIK", "NEGARA SEJAHTERA"
Ditubuhkan7 Julai 2012
Autoriti pendidikanHulu Langat
Sesi1 Sesi Sahaja ( Pagi )
Kod sekolahBBA 4061
Pengerusi PIBGEn Faical Bin Malik
Guru besarEn Samsul Irwan bin Sanusi
Tenaga pengajar52 orang
Jumlah penuntut900 pelajar
SloganProud To Be Sunwayers
GPK Pentadbiran dan Akademik-Tiada-
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn Masran Bin Khalil
Penolong Kanan KokurikulumPn Akmalul Husna Binti Mohamed Zauti
Laman sesawang


Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway Semenyih atau singkatannya "SKBSS" ditubuhkan pada 7 Julai 2012 dan Majlis Pecah Tanah telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran ketika itu iaitu Yang Berhomat Dr Mohd Puad Zarkashi.

Sekolah ini mula beroperasi pada 12 Januari 2015. Bilangan guru ketika itu ialah 34 orang, staf sokongan 1 orang dan bilangan murid 372 orang (tahun 2,3 dan 4)

Nama sekolah ini diambil bersempena Taman Perumahan bersebalahan sekolah iaitu Taman Perumahan Bandar Sunway Semenyih. Penduduk sekitar itu mempunyai kira-kira 8000 penduduk termasuk Taman Desa Mewah.

Sekolah yang berkonsepkan moden ini berada dalam lingkungan Mukim Semenyih di daerah Hulu Langat. Pembinaan sekolah ini dapat mengurangkan kesesakan dibeberapa buah sekolah di semenyih seperti Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching dan Sekolah kebangsaan Semenyih.

Pengurusan awal pembukaan sekolah oleh Puan Rohaya binti Mad Wazir yang telah dilantik sebagai "Care Taker".

Majlis penyerahan Bangunan telah disempurnakan oleh Encik Abdul Aziz bin Haji Ashaari. Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan Pelajaran dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Logo dan bendera sekolah direka khas oleh Puan Faiza binti Ahmad Fauzi, Guru Sk Bandar Sunway Semenyih

Lirik lagu sekolah telah dicipta oleh Puan Azah Halimah binti Ramli yang merupakan guru di Sk Semenyih.

Guru Basar sunting

Puan Adonie binti Adnan (2015-2017)

Puan Siti Rozita binti Yahya (2071-2019)

Encik Sabarudin bin Abu Bakar (2019-2021)

Encik Samsul Irwan bin Sanusi (2021-Sekarang)

Pencapaian sunting

  1. Pertandingan Robotik
  2. Sijil dan Anugerah Pencapain Kurikulum Sekolah
  3. Pencapaian UPSR (2018)
  4. Watikah dan Anugerah Kokurikulum "Anugerah dan Pencapain Hayl Arsyad bin Azrul Izham, Anugerah Rambu Biru Pengakap Kanak-Kanak Negeri Selangor"
  5. Perkhemahan TKRS Peringkat Kebangsaan 2018 di Pusat Kokurikulum Melaka
  6. Naib Johan Pertandingan Bercerita Zon Semenyih Tahap 1 (2019)
  7. Tempat Ketiga Kriket MSSD HL (2023)

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway Semenyih

Jalan Sunway 1/1, Bandar Sunway Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor

Nombor Telefon : 03-8723 0984

Pautan luar sunting