Sekolah Kebangsaan Kimondou


Sekolah Kebangsaan Kimondou atau nama ringkasnya SK Kimondou, ialah sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 23, Kg Kimondou, Ranau, Sabah.

Sekolah Kebangsaan Kimondou
Lokasi
Peti Surat 23,, 89307 Ranau,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoIlmu Pelita Hidup
Nombor sekolah6088-876630
Kod sekolahXBA5409

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kimondou memiliki 101 pelajar lelaki dan 105 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 206 orang. Ia mempunyai seramai 20 orang guru.2009

Sejarah sunting

Nama sekolah kimondou diambil sempena nama sebuah kampung yang paling hampir iaitu kampung kimondou ranau. kimondou dalam bahasa melayu ialah "ada hantu atau penunggu". kini kampung kimondou tidak wujud lagi kerana penduduk sudah dipindahkan ke kampung kibbas ranau. (catatan penyumbang: Kampung Kibbas merupakan lokasi sk kimondou dan kampung ini belum wujud ketika sk kimondou ditubuhkan).

Pegawai pelajaran daerah ranau yang berkhidmat pada tahun 1960 an adalah orang yang bertanggungjawab kepada penubuhan sekolah ini. Pada tahun 1963, bangunan asal sekolah ini hanyalah sebuah bilik darjah yang dibina daripada buluh, beratap daun rumbia dan berlantaikan tanah.

Pada tahun 1997,sekolah ini telah bertukar wajah dengan terbinanya bangunan baru oleh kementerian pelajaran. Dua buah bangunan yang mengandungi empat buah bilik darjah dan rumah guru siap dibina. Seterusnya,pada tahun 1990 an sk kimondou telah mendapat dua bangunan tambahan yang mengandungi enam buah bilik darjah.

    1. (catatan tambahan penyumbang: Pemilik asal tanah tapak kawasan sk kimondou ialah mendiang Lubak Gimpu dan beliau telah mendermakan tanah tersebut kepada pihak berkenaan untuk tapak kawasan sekolah tersebut).
    1. (catatan tambahan penyumbang: Nama Kg Kibbas merupakan gabungan 4 buah kampung iaitu: KI: Kimondou, B: Batu empat, BA: Batu Lima dan S: Sumaang)

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Kimondou
Peti Surat 23
89307 Ranau
Sabah, Malaysia
Telefon = 6088-876630

Rujukan sunting

Pautan luar sunting