Sekolah Kebangsaan Maras

Sekolah Kebangsaan Maras merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kg. Maras , Kuala Terengganu , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Sekolah Kebangsaan Maras
Lokasi
Kampung Maras,, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6096696655
Kod sekolahTBA 7007[1]
Guru besarNor Faridah Binti Abdullah
GPK Pentadbiran dan AkademikFazida Asma Binti Othman
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridHayati Binti Abdullah
Penolong Kanan KokurikulumEn Mohd Nor bin Mamat
Faks6096696655
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Maras memiliki 215 pelajar lelaki dan 190 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 405 orang. Ia mempunyai seramai 33 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Maras telah ditubuhkan pada tahun 1941. Pelapor kepada penubuhan Sekolah Kebangsaan Maras terdiri daripada Tuan Haji Yusof, Kassim Ali, Awang Hitam dan Jusof Hamid. Pada masa itu, Sekolah Kebangsaan Maras hanya mempunyai sebuah pondok yang diperbuat daripada atap sagu serta bertiang batang tembesu bulat.

Pada masa itu, Sekolah Kebangsaan Maras hanya mempunyai seorang guru dan lima belas orang murid sahaja. Pegawai yang mula-mula melawat sekolah ini ialah Tuan Race iaitu seorang Nazir Pejabat Pelajaran. Kawasan asal Sekolah Kebangsaan Maras ialah di depan Masjid Kampung Maras. Bangunan Sekolah Kebangsaan Maras didirikan secara bergotong-royong oleh penduduk Kampung Maras sendiri.

Sekolah Kebangsaan Maras terpaksa ditutup pada tahun 1942 kerana Pihak Inggeris berperang dengan tentera Jepun ynag ingin menjajah Malaya. Semasa penjajahan Jepun, pemerintahan Jepun telah membuka semula Sekolah Kebangsaan Maras. Malangnya murid-murid yang belajar pada masa itu diajar dengan menggunakan Bahasa Jepun. Tenaga pengajar yang mengajar pada ketika itu ialah seorang berbangsa Cina yang telah memeluk agama Islam. Beliau bernama Long.

Semasa Perang Dunia Kedua berlaku, sekali lagi Sekolah Kebangsaan Maras terpaksa ditutup. Sekolah Kebangsaan Maras hanya dibuka semula pada tahun 1945 oleh Cikgu Embong. Sekolah Kebangsaan Maras telah berpindah ke tapak baru iaitu tapak yang ada sekarang pada tahun 1946. Pada masa itu, bilangan pelajar hanya 90 orang dan tenaga pengajarnya hanya 3 orang.

Pada 14 Oktober 1994, Menteri Besar Terengganu iaitu Y.A.B Dato’ Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad S.S.M.T., P.S.M., S.P.M.T., D.A., D.P.M.J., K.M.N., J.P., P.J.K. telah merasmikan bangunan baru Sekolah Kebangsaan Maras.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Maras
Kampung Maras,
Kuala Terengganu ,
Terengganu Darul Iman,
Malaysia
Telefon = 6096696655
Fax = 6096696655

Pautan luar sunting