Sekolah Kebangsaan Parang Puting

Sekolah Kebangsaan Parang Puting atau nama ringkasnya SK Parang Puting, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

Sekolah Kebangsaan Parang Puting
Lokasi
Pengkalan Chepa,, 16100 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoIlmu Punca Kemajuan
Nombor sekolah609-7738540
Kod sekolahDBA1083
Guru besarPn Syarifah Faridah bt Syed Bulat
Faks609-7730984

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Parang Puting memiliki 361 pelajar lelaki dan 329 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 690 orang. Ia mempunyai seramai 42 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Parang Puting ditubuhkan pada tahun 1948 diatas tanah kepunyaan En.Abdullah Bin Said.Pada peringkat awalnya ianya terdiri daripada 2 bilik darjah yang diperbuat daripada kayu-kayu bulat, dinding buluh dan beratap nipah.

Tenaga pengajar pertamanya terdiri daripada 3 orang guru serta seorang guru besar iaitu Allahyarham Cikgu Mohamad Bin Awang. Beliau merupakan Guru Besar di Sekolah Melayu Rakyat,Sabak yang ke tiga (1944-1957).

Pada 30 Mac 1951 iaitu selepas 3 tahun beroperasi maka sekolah ini dibuka secara rasmi oleh D.Y.M,M Tuanku Ibrahim Bin  Sultan Mohamad iv (Almarhum) Sultan Dan Yang Dipertua Negeri Kelantan Darul Naim. Ia didaftarkan atas nama Sekolah Melayu Rakyat Parang Puting. Pada masa itu keramaian murid mencecah 110 orang dengan 3 orang guru. [1]

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Parang Putting
Pengkalan Chepa
16100, Kota Bharu
Kelantan, Malaysia
Telefon = 609-7738540
Faks = 609-7730984

Shahree, 2005. Buku lama dari pusat sumber Sekolah Kebangsaan Parang Puting sunting

  1. ^ Shahree,2005.Sumber daripada buku lama yang dijumpai di Pusar Sumber Sekolah

Pautan luar sunting