Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga


Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga atau nama ringkasnya SMK Geliga, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Kampung Geliga, Kemaman, Malaysia. Sekolah ini telah dibina di atas tapak seluas 18 ekar pada 16 Ogos 1998. SMK Geliga terletak 5 km dari bandar Chukai, Kemaman. Lokasinya berhampiran dengan pantai. Kebanyakan penduduk di sekitar SMK Geliga bekerja sebagai nelayan. SMK Geliga juga dikelilingi oleh perkampungan tradisional Melayu.

Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga
Lokasi
 Malaysia Kampung Geliga, Kemaman, Malaysia, Kemaman, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoIlmu sumber kecemerlangan
"Knowledge is source of excellence"
Ditubuhkan1998
Nombor sekolah6098681440
Kod sekolahTEA2028[1]
Pengerusi PIBGEncik Abdul Rahman
PengetuaSHAMSUL BIN SALIM
GPK Pentadbiran dan AkademikCik Hajah Fatimah Binti Harun
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Rahmat Bin Karim
Penolong Kanan KokurikulumEncik Wan Rozali Bin Wan Abdullah
Faks6098686237

Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga terletak di daerah Kemaman di Terengganu. Terletak pada latitud 4°12'38.31" Utara dan longitud 103°26'8.91" Timur. Pada tahun 2008, Puan Kamariah Binti Sahak iaitu pengetua SMKG telah menukar panggilan ringkas SMKG kepada GeNSeS yang bermaksud Geliga National Secondary School.

Sejarah sunting

Pada peringkat awal penubuhan, sekolah ini menumpang di SMK Chukai dengan jumlah pelajar hanya seramai 300 orang. Pada peringkat awal, jumlah kelas hanya sebanyak 10 kelas sahaja iaitu dengan menggunakan 1 blok. Sesi persekolah pada waktu itu adalah sesi petang dengan bilangan guru seramai 13 orang.

SMK Geliga mula dibina pada tahun 1995 dan siap sepenuhnya pada bulan Ogos 1998. SMK Geliga ialah sekolah harian biasa yang mula beroperasi pada 16 Ogos 1998 dengan 20 bilik darjah yang dimulakan dengan pelajar tingkatan satudan dua seramai 354 orang. Pengetua pertama ialah En. Abdul Jalil bin Abdul Hamid.

Tanggal 14 April 2007 merupakan detik bersejarah kerana SMK Geliga dirasmikan oleh Y.B Datuk Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu.

Logo Sekolah sunting

Lencana sekolah ini diilhamkan sendiri oleh En. Zahari bin Ghani iaitu seorang guru di SMK Geliga hasil perbincangan dengan Pengetua SMK Geliga pada tahun itu, En. Abdul Jalil serta beberapa orang guru lain iaitu En. Sirat bin Nasam dan Tuan Hj. Wan Isa Bin Wan Muda.

Moto Sekolah sunting

"ILMU SUMBER KECEMERLANGAN" Moto ini menjadi panduan seluruh pelajar di SMK Geliga agar mereka sentiasa berusaha untuk mencari ilmu untuk dimanfaatkan kepada agama, bangsa dan negara. Para pelajar yang terdidik di sekolah ini diharapkan dapat menggunakan segala ilmu yang dipelajari untuk mencapai kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah.

Slogan Sekolah sunting

Merealisasikan SMK Geliga 3G:

  1. Gemilang Kurikulum
  2. Gemilang Kokurikulum
  3. Gemilang Sahsiah

Pengetua sunting

  1. Abdul Jalil Bin Abd. Hamid (1998-1999)
  2. To' Puan Hajjah Wan Zaharah Binti Wan Yahya (1999-2007)
  3. Puan Kamariah Binti Sahak (2008-sekarang)
  4. Tuan Hj Mazlan Bin Ahmad
  5. En Wan Mohd Salleh Bin Wan Ismail

Lihat juga sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga
24000 Kemaman,
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6098681440
Fax = 6098686237

Rujukan sunting

Pautan luar sunting