Sekolah Menengah Kebangsaan Kemburongoh


Sekolah Menengah Kebangsaan Kemburongoh atau nama ringkasnya SMK Kemburongoh, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 924, Kampung Kemburongoh, Ranau, Sabah.

Sekolah Menengah Kebangsaan Kemburongoh
Lokasi
Peti Surat 924, Kampung Kemburongoh, 89308, Ranau, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6088871466
Kod sekolahXEA5406
Faks6088871469

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Kemburongoh Ranau memiliki 140 pelajar lelaki dan 132 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 272 orang. Ia mempunyai seramai 29 orang guru.2009

Sejarah sunting

SMK Kemburongoh, Ranau memulakan sesi persekolahan dengan rasminya pada tahun 1997. Nama sekolah ini diambil daripada Kampung Kemburongoh di mana sekolah ini bertapak. Pelajar yang datang bersekolah di sekolah ini adalah berasal dari Kampung Kemburongoh dan kampung sekitarnya seperti Kampung Keranaan, Kampung Maukab, Kampung Soyod, Kampung Mogohoh, Kampung Piasau, Kampung Randagong, Kampung Lagkau dan Kampung Kesisingon.

Pengetua pertama sekolah ini ialah Saridih @ Seridih bin Ahmad yang berasal dari Kg. Minihas, Ranau. Beliau sebelum itu bertugas sebagai pengetua di SMK Timbua, Ranau. Para Penolong Kanan pertama pula ialah Yuslizam bin Selamat (berasal dari Johor) sebagai Penolong Kanan Pentadbiran, Tajudin Rusian (berasasal dari Kg. Lembah Permai Kundasang, Ranau) sebagai Penolong Kanan HEM, dan Wilfred Sikun (berasal dari Kg. Pasir Putih/Sumaang, Ranau) sebagai Penolong Kanan Kokurikulum.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Kemburongoh Ranau
Peti Surat 924
Kampung Kemburongoh
89308, Ranau
Sabah, Malaysia
Telefon = 6088871466
Fax = 6088871469

Pautan luar sunting