Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas, Kedah

Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas atau nama ringkasnya SMK Kepala Batas, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 10, Jalan Hutan Kampung.

Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas
Lokasi
Km 10, Jalan Hutan Kampung, 06200, Alor Star,, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoMuafakat Menuju Kejayaan
Ditubuhkan (1976-01-01) 1 Januari 1976 (umur 48)
Nombor sekolah6047144041
Kod sekolahKEA2093
Pengerusi PIBGEn Mohd Rezuan bin Said
PengetuaPn. Sariza binti Othman
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Che Mah binti Megat Kasa
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Mohd Zamri Bin Abu Bakar
Penolong Kanan KokurikulumPn. Martdiyah binti Ismail
Faks6047141086
Laman sesawang


Pada 2023 Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas memiliki 896 orang pelajar dan 70 orang guru.

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas ditubuhkan pada 1 Januari 1976. Penubuhannya bermula apabila terdapat kekurangan sekolah menengah di daerah Kubang Pasu terutamanya bagi pelajar-pelajar di sekitar Lengkuas, Bukit Pinang, Lepai dan juga Hutan Kampong.


Pada waktu itu, terdapat lebih kurang 300 orang pelajar menghadapi masalah untuk pergi ke sekolah menengah yang jauh dari tempat tinggal mereka. Pelajar-pelajar yang ingin masuk ke tingkatan satu terpaksa memilih sama ada Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik, Alor Star yang jauhnya 16 km dari tempat mereka, atau pun Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra yang jaraknya hampir 13 km dari kediaman mereka. Sekolah-sekolah berkenaan juga mempunyai bilangan pelajar yang ramai dan tidak mampu menampung lebih ramai pelajar lagi.


Pihak Jabatan Pelajaran Negeri Kedah pada masa itu telah mengisytiharkan penubuhan sekolah ini pada tahun 1976, walaupun bangunannya masih belum ada. Hanya pada tahun 1978 tender dikeluarkan untuk membina sekolah ini di tapak yang ada sekarang. Walau bagaimanapun persetujuan telah dibuat dengan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kepala Batas, maka sekolah ini telah ditumpang di sekolah tersebut pada sesi persekolahan yang dijalankan pada waktu petang.


Pada tahun pertama sekolah ini ditubuhkan, Encik Noordin bin Dahaman telah dilantik sebagai Pengetua pengasas dengan jumlah pelajar seramai 245 orang. Pada awalnya hanya terdapat 6 kelas sahaja iaitu sebuah Tingkatan Peralihan dan lima kelas Tingkatan Satu aliran Sains Rumah Tangga / Sains Pertanian. Hanya terdapat 8 orang guru penolong (5 orang daripadanya guru sementara) tetapi kini setelah 45 tahun berlalu, Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas mempunyai 67 orang guru, 795 orang pelajar dan 10 orang staf bukan akademik.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KEPALA BATAS
Km 10 Jalan Hutan Kampung
06200 Alor Setar
Kedah, Malaysia
Telefon = 6047144041
Fax = 6047141086

Pautan luar sunting