Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai
Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai atau nama ringkasnya SMK Kuala Krai, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kuala Krai, Kelantan..
Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai | |
---|---|
Lokasi | |
Kuala Krai, Kelantan., 18000, Kuala Krai,, [Kelantan Darul Naim Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6099602291 |
Kod sekolah | DEA7407 |
Faks | 6099602292 |
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai memiliki 735 pelajar lelaki dan 824 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1559 orang. Ia mempunyai seramai 112 orang guru.2009
Sejarah
suntingKegigihan Masyarakat yang mendiami Jajahan Ulu Kelantan sekitar era 60an telah mendorong Sultan Ibrahim Petra memcetuskan idea untuk pembinaan sebuah sekolah bagi anak-anak pendalaman Ulu Kelantan di peringkat Pengajian Menengah. Penubuhan SMK Kuala Krai yang dikenali dengan nama Sekolah Menengah Rendah Sungai Durian ini merupakan usaha berterusan penduduk kampung ketika itu yang mahu anak mereka mendapatkan pendidikan berdasalkan bahasa pengantar menggunakan bahasa kebangsaan itu mendapat sokongan dan bantuan dana daripada Sultan Kelantan ketika itu. Pembelian tanah di kawasan tepian sungan pinggiran pekan Kuala Krai ketika itu juga mendapat perhatian Sultan Brunei untuk memberi bantuan kewangan kepada masyarakat setempat untuk merealisasikan hasarat penduduk.
Bagi menambah dana pembinaan sekolah ini, inisiatif telah dimainkan oleh penduduk kampungdengan mengadakan kutipan derma bagi membinaan sebuah bangunan baharu untuk menampung pelajar di sekolah ini. Sebelum ini, pelajar sekolah Menegah Sungai Durian menumpang di belajar di Sekolah Kebagsaan Kuala Krai sementara menunggu sekolah ini siap sepenuhnya dibina. Sekolah ini antara sekolah tertua yang ditubuhkan di Jajahan Ulu Kelantan yang menerima pelajar dari sekitar Jajahan Ulu Kelantan termasuklah kawasan Bertam dan Selatan Machang.
Pembukaan bangunan 1 tingkat yang mempunyai 2 blok untuk menampung pelajar dirasmikan oleh Tun Abdul Razak yakni Perdana Menteri Malaysia ke-2 yang sewaktu itu memegang jawatan sebagai Menteri Pelajara Malaysia. Pada peringkat awal pembukaan, sekolah inimenjadi pilihan pelajar untuk menyambung pendidikan Menegah Rendah Aliran Bahasa Melayu manakala Sekolah Suktan Yahya Petra (SMK SYP1), dan SMK Hamzah menjadi pilihan bagi pelajar yang mahu mendapatkan pendidikan berasakan Aliran Bahasa English.
Pencapaian
suntingJohan Pesta Pantun Negeri Kelantan
Johan Pertandingan Debat Negeri Kelantan
Johan Pertandingan Pidato Negeri Kelantan
Johan Dikir Barat Kebangsaan
Johan Nasyid Kebangsaan
Johan Nyanyian Irama Malaysia Negeri Kelantan (Tempat Ketiga Kebangsaan)
Johan Kuiz Perdana dan Sejarah Negeri Kelantan
Johan Pertandingan Tandas Terbersih Negeri Kelantan
Johan Pertandingan Reka Cipta Negeri Kelantan (Tempat Ketiga Kebangsaan)
Wakil Malaysia Pertandingan Reka Cipta Asia Pasifik
Kelab Kesihatan Terbaik Negeri Kelantan
Johan Laman Indah Negeri Kelantan
Naib Johan Kebersihan dan Keceriaan Kantin Sekolah Peringkat Negeri Kelantan
Johan Pertandingan Forum Remaja
Naib Johan Pertandingan Bola Sepak Terbuka Negeri Kelantan
Johan Pertandingan Tandas Terbersih dan Tercantik Peringkat Negeri Kelantan
Alamat
sunting- Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai
- Kuala Krai, Kelantan.
- 18000, Kuala Krai
- Kelantan, Malaysia
- Telefon = 6099602291
- Fax = 6099602292