Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak


Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak atau nama ringkasnya SMK Kunak, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di kawasan Kg. Getah, Kunak.

Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 30, 91207, Kunak, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6089851797
Kod sekolahXEE3201
Faks6089851214
Laman sesawang

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak memiliki 659 orang pelajar lelaki dan 682 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1341 orang. Ia mempunyai seramai 88 orang guru.2009

Sejarah sunting

SMK Kunak mula dibuka sebagai Government Junior Secondary School pada tahun 1971 dan telah menumpang di bangunan SK Pekan Kunak 1 dan SRJK(C) Pai Sheng. Sekolah ini mula beroperasi di bangunan yang ada sekarang mulai tahun 1979. Perasmian bangunan sekolah telah dilakukan oleh Y.B Datu Abdul Hamid Bin Datu Mustapha, Menteri Kebudayaan dan Sukan Negeri Sabah pada 26 Mac 1981. SMK Kunak bermula sebagai sekolah menengah gred C, sebelum dinaikkan taraf sebagai sekolah menengah gred B pada tahun 1985. Mulai tahun 1994, sekolah ini telah dinaikkan taraf sebagai sekolah menengah gred A.

Pada tahun 2004, SMK Kunak mempunyai bilangan pelajar seramai 1576 orang, iaitu seramai 853 orang pelajar (Tingkatan 3 – Tingkatan 6) belajar di sesi pagi, manakala pelajar tingkatan 1 dan 2 seramai 721 orang belajar di sesi petang. Bilangan guru pula seramai 67 orang.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak
Peti Surat 30
91207, Kunak
Sabah, Malaysia
Telefon = 6089851797
Faks = 6089851214

Pautan luar sunting