Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda


Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda atau nama ringkasnya SMK Raja Tun Uda, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Tengah.

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda
Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda.jpg
Lokasi
 Malaysia Jalan Tengah, 11950, Bayan Lepas,, Mutiara Timur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoUsaha Punca Kemajuan; Together We Excel
Nombor sekolah6046432772
Kod sekolahPEA3033
Pengerusi PIBGEn. Mohd Ibrahim
PengetuaPn. Hjh. Wan Lijah Binti Wan Daud
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikEn. Johari Bin Ahmad
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Zaidi Bin Hamzah
SingkatanSMKRTU
Faks6046420593


Pada 2011, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda memiliki 1036 pelajar lelaki dan 945 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1981 orang. Ia mempunyai seramai 131 orang guru.2011

SejarahSunting

Pada 27 Julai 1967, bagunan dan lokasi baru SMK Raja Tun Uda telah dibuka dengan rasminya oleh mantan menteri pelajaran, YB Encik Mohd. Khir Johari.

Dulunya, SMKRTU dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Bayan Lepas (SMK) yang menumpang bagunan Sekolah Inggeris Bayan Lepas (kini dijadikan pusat latihan penerbangan Bayan Lepas), Sekolah Agama Sungai Ara dan Sekolah Kebangsaan Bayan lepas.

Sekolah ini terletak di Balik Pulau iaitu kira-kira 15 km dari bandar Georgetown, Pulau Pinang. Pada asalnya hanya terdiri dari sebuah bangunan dua tingkat yang mengandungi enam bilik darjah,sebuah bilik guru dan bilik pentadbiran. Namun ia berkembang dengan begitu cepat. Kini sekolah ini mempunyai 10 bangunan yang mampu menampung jumlah pelajar sehingga 2000 orang. Pada awalnya, sekolah ini mempunyai jumlah pelajar seramai 200 orang sahaja dan dipimpin oleh 3 orang guru.

Lagu SekolahSunting

SMKRTU,
Padamu kami berikrar,
akan menyumbang seluruh daya,
demi mencapai, wawasan bangsa,
disiplin diri, kami pelihara,
pantas bergerak ke arah jaya,
itulah tanda penghargaan kita,
berjanji, bertekad hari ini,
memimpin nusa di hari esok,
akan kami berdiri teguh,
demi menjunjung namamu,
Raja Tun Uda...

IkrarSunting

Bahawasanya kami...
Pelajar SMK Raja Tun Uda
Berikrar dan mengaku
Akan patuh kepada undang-undang
Dan peraturan sekolah
Sesungguhnya kami
Menjunjung tinggi
Segala kemudahan yang disediakan
Oleh pihak sekolah
Dan kami akan berusaha
Sedaya upaya kami
Untuk belajar
Dengan bersungguh-sungguh
Segala ilmu
Yang diajarkan kepada kami
Sehingga mencapai kejayaan
Cemerlang
Kami akan mengambil bahagian
Dengan cergas
Dalam semua kegiatan sekolah
Dan tetap akan memelihara
Dan mengharumkan nama sekolah

VisiSunting

"Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda akan menjadi pusat kecemerlangan pendidikan di Daerah Barat Daya menjelang tahun 2013"

MisiSunting

Untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan di Daerah Barat Daya,warga sekolah akan berusaha meningkatkan budaya kerja positif bagi :

  • Melaksanakan sistem e-pengurusan dan pentadbiran yang cekap,berkesan serta telus.
  • Memastikan pencapaian kurikulum dan kokurikulum sentiasa meningkat cemerlang.
  • Menggalakan penglibatan semua murid dalam aktiviti kurikulum,kokurikulum,dan memupuk minat,bakat serta kreativiti ke tahap cemerlang.
  • Mewujudkan persekitaran yang kondusif,selamat dan harmoni untuk keselesaan pengajaran dan pembelajaran.

PencapaianSunting

  • Menjadi sekolah showcase Daerah Barat Daya
  • Menerima kunjungan degelasi Indonesia dari SMP Pertiwi pada tahun 2010
  • Penglibatan aktif pelajar dalam kokurikulum dan sukan
  • Melaksanakan pelbagai program kecemerlangan akademik dan kokurikulum
  • Mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti kokurikulum, sukan dan ko-akademik
  • Mendapat tempat dalam aktiviti yang disertai
  • Sekolah angkat oleh pelbagai pihak
  • Anugerah dan penghargaan khas

Sekolah ShowcaseSunting

Pada Mei 2010, pihak SMP Pertiwi dari Indonesia telah mengadakan lawatan ke SMK Raja Tun Uda kerana SMKRTU merupakan sekolah showcase. Sekolah showcase merupakan sekolah contoh dan perintis yang menerapkan inovasi dan kreativiti dalam sesebuah unit. Unit-unit yang dipilih menjadi sekolah showcase di SMKRTU ialah:

  • Showcase Pusat Sumber
  • Showcase Memanah
  • Showcase Katering
  • Showcase PBS (Daerah Barat Daya)

Sekolah AngkatSunting

Badan-badan yang menjadikan SMKRTU sebagai sekolah angkat ialah:

Aktiviti SekolahSunting

Antara aktiviti tahunan yang dijalankan pihak sekolah ialah:

  • Program lonjakkan saujana
    • Program 30-Minit
    • Kelas tambahan
    • Bengkel motivasi dan akademik
    • Mentor-mentee
    • Modal Insan
    • NILAM
    • Kelas PDCA dan GPMS
    • Perjumpaan waris-guru
    • Kelas Sinaran Fajar
    • Kelas Elit/Harapan/Impian
  • Sekolah Penyayang
  • Kem
  • Perhimpunan Rabu
  • Minggu Bahasa
  • Minggu Kemanusiaan
  • Pesta Sivik
  • Program Pelancongan
    • Lawatan Sambil Belajar
  • Minggu matematik dan sains
  • Program 'Go Green Ratu'
  • Jamuan tahunan
  • Merentas desa
  • Sukantara
  • Kejohanan olahraga tahunan
  • Karnival kokurikulum
  • Kejohanan sukan - jemputan
  • Pertandingan akademik - jemputan
  • Hari anugerah kecermerlangan
  • Fun cook
  • Progaram AMALI Pendidikan Islam
    • Sembelihan
    • Lambaian Kaabah
    • Kem Solat
  • Bacaan Yassin dan IQRA'
  • Majlis berbuka puasa
  • Sehari se-juzuk surah - bulan Ramadhan
  • Majlis Khatam Al-Quran
  • Rumah terbuka
  • Pesta Ponggal
  • Asrama terbilang
  • Kutipan derma dan cabutan bertuah
  • Ratu-Talent Time
    • Drama
    • Kesasteraan
    • Reka Cipta dan Inovasi
  • Solat Hajat dan bacaan Yassin khas
  • Hari Guru
  • LDP Guru
  • Jamuan Guru dan Staff

& BANYAK LAGI ....

AlamatSunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda
Jalan Tengah
11950, Bayan Lepas
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6046432772
Fax = 6046420593

Pautan luarSunting