Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Manjung

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Manjung atau nama ringkasnya SMK Seri Manjung, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Seri Manjung, Perak. Sekolah Menengah Seri Manjung dikenali juga sebagai SMeSMa.SMeSMa menyediakan dua aliran sains iaitu sains tulen dan sains akaun.Disamping itu SMeSMa juga meyediakan aliran kemanusiaan yang mengajar sains,matematik,matematik tambahan,prinsip perakaunan,ekonomi,sains rumah tangga,dan lain-lain.Kelas-kelas di SMeSMa bermula daripada 4S1 4S2 4K1 4K2 4K3 4K4 4K5 4K6 4K7 dan 4PVMA(kelas vokesional memasak).Sekolah ini meyediakan juga aliran tasawur bagi tingkatan 1~5.Nama rumah sukan ialah syahbandar,laksamana,bendahara dan temenggung

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Manjung
Lokasi
Seri Manjung,, Manjung, Perak Darul Ridzuan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoStan Twice , Newjeans
Ditubuhkan1985
Nombor sekolah6056881372
Kod sekolahAEA1109
Pengerusi PIBGEn.Mohd Al- Amin Bin Mursali
PengetuaDr. Muhammad Husaini bin Abdullah
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Nor Azoha binti Zainuddin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Hayati binti Hashim
Penolong Kanan KokurikulumPuan Hajah Jamilah Wardah binti Mohd. Yusof
Faks6056887133
Laman sesawang


Sejarah Awal sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Manjung mula dibina dalam tahun 1985 di bawah Projek Pinjaman Bank Dunia dengan kos sebanyak RM 4.2 juta. Pembinaan ini termasuklah Sekolah Kebangsaan Seri Manjung. Kawasan sekolah seluas 20 ekar ini dahulunya merupakan sebahagian daripada Ladang Suffolk. Nama sekolah ini diambil sempena dengan nama daerah Manjung.

Pada 5 Januari 1986, sekolah ini telah mula berfungsi sebagai satu institusi pendidikan dengan tenaga pengajar seramai 10 dan 160 orang pelajar. Bangunan sekolah telah sempurna dirasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Ibni Sultan Muhibuddin Syah pada 8 Zulkaedah 1409 bersamaan 12 Jun 1989.

Pelajar sunting

Pelajar-pelajar sekolah kebanyakkannya datang dari Sekolah Kebangsaan Seri Manjung. Kebanyakkan pelajar terdiri daripada anak-anak penduduk Bandar Seri Manjung dan kampung-kampung berdekatan seperti Kampung Dato' Seri Kamaruddin. Penduduk-penduduk terdiri daripada kakitangan kerajaan, pesara dan nelayan.

Pembangunan Sekolah sunting

Buat permulaannya 3 bilik darjah dalam satu bangunan setingkat telah dibina untuk kegunaan sementara. Bangunan ini terletak dibelakang kantin sekolah dan siap dibina pada tahun 1997. Dua blok bangunan baru yang mengandungi makmal sains tulen, setor dan bilik-bilik darjah telah dibina kerana pelajar semakin bertambah. Bangunan tambahan ini merupakan 2 tingkat dan siap dibina pada tahun 1999.

Pengetua sunting

Sehingga tahun 2015 seramai 8 orang pengetua telah berkhidmat di SMK Seri Manjung iaitu:

  1. MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN MOHAMED NADZIR (1986-1987)
  2. Encik Abu Jaafar B. Mansor PJK (1988-1991)
  3. Tuan Haji Mohd. Arshad B. Haji Ghazali (1991-1997)
  4. Encik Mohamat Zaimy B. Mohamat Kidi AMN (1997-1999)
  5. Tuan Haji Md. Razali B. Mohd Salleh AMP (2000-2004)
  6. Puan Hajah Fauzia Bt. Mokhtar (2004- 2013)
  7. Puan Hajah Rosidah Bt. Abdul Shukor (2013-2015)
  8. Puan Hajah Rusina Bt. Abdullah (2015-2022)
  9. Dr Muhammad Husaini bin Abdullah( (2023-kini)(Hirohito)

Persatuan Ibu Bapa dan Guru sunting

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (P.I.B.G.) sekolah ini telah ditubuhkan buat julung kalinya pada 2 April 1987. Sehingga sekarang seramai 7 orang Yang DiPertua PIBG telah mencurahkan baktinya kepada anak didik SMK Seri Manjung iaitu:

  1. Encik Osman B. Darus (1987-1989)
  2. Encik Mohd. Zain B. Jamil Ahmad (1989-1993)
  3. Encik Khalid B. Ahmad (1993-1994)
  4. Encik Ahmad Yusuf B. Che Rus (1994-1996)
  5. Tuan Haji Tharim B. Ngah Osman PMP (1996-2004)
  6. Tuan Haji Md. Razali B. Mohd Salleh AMP (2004-2009)
  7. Encik Ismail B. Haji Balua PPT,PJK (2010- )
  8. Encik Ahmad Riduan B. Mohamed ( -sekarang)

Murid & Guru sunting

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Manjung memiliki 1146 pelajar lelaki dan 1093 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2239 orang. Ia mempunyai seramai 120 orang guru.2009 Pembangunan dan pertambahan penduduk di Bandar Baru Seri Manjung telah menyebabkan SMK Seri Manjung turut mengalami perubahan dari segi bilangan guru dan pelajarnya. Bilangan guru telah bertambah daripada 10 orang pada tahun 1986 kepada 129 orang pada 2010. Sementara bilangan pelajar pula bertambah daripada 160 orang kepada 2101 orang pada tahun 2010.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Manjung
Seri Manjung
32040, Seri Manjung
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6056881372
Fax = 6056887133

GYAT PHILLIP SLEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEP HIRIHITO ADOLF HITTLER JOSE RIZAL NAZI sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting