Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perpatih

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perpatih atau nama ringkasnya SMK Seri Perpatih, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Pusat Bandar Palong 4,5 & 6,.

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perpatih
Lokasi
 Malaysia Pusat Bandar Palong 4,5 & 6,, 73430, Gemas,, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6064666362
Kod sekolahNEA6003
Faks6064665711
Laman sesawang
Map


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perpatih memiliki 337 pelajar lelaki dan 308 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 645 orang. Ia mempunyai seramai 62 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1983 dengan nama asalnya SMK Palong 4(F).Pada tahun 1995, SMK Seri Perpatih diberi nama “Seri Perpatih” pula melambangkan identiti adat Negeri Sembilan. Sekolah ini dimulakan dengan hanya 3 blok bangunan yang mengandungi 14 buah bilik darjah, 2 makmal Sains, 1 bengkel KH dan sebuah kantin. Pelajar ketika itu seramai 105 orang. Disebabkan pertambahan pelajar tahun demi tahun terlalu drastik, menyebabkan kemudahan fizikal terpaksa ditambah. Pada tahun 1995, Empat blok ditambah iaitu blok bilik darjah, bengkel KH, makmal Sains tulen dan bengkel Sains Pertanian. Kelas aliran Sains buat pertama kali dimulakan pada tahun 1996.

Projek KDP dimulakan pada 1991, makmal IT telah siap dibina pada tahun 2000 dan Dewan Sekolah telah siap dibina pada 2001. Makmal Bahasa telah siap dibina pada bulan Oktober 2003.Kelas Tingkatan 6 mula ditubuhkan pada tahun 2008. Seramai 98 calon yang mendaftar daripada 260 calon yang ditawarkan.Dari tahun 2004 sehingga kini calon yang ditawarkan adalah lebih kurang 260 orang tetapi yang mendaftar sekitar 90-100 orang dan akhir sekali yang tinggal sekitar 40-70 orang. Pelajar tingkatan 6 di SMK Seri Perpatih datang dari sekitar Felda Palong iaitu dari Palong 1 hingga Palong 21. Mereka datang dengan menaiki motosikal dan dihantar oleh penjaga. Pengurangan Pelajar dari Tingkatan 6 seperti data di enrolmen disebabkan mereka datang dari jauh kerana tiada kemudahan pengangkutan dan tempat tinggal ( asrama ) yang disediakan di sekolah ini.

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) mula beroperasi pada penghujung tahun 2008 dan menerima pelajar pertamanya pada awal tahun 2009. Pihak sekolah telah memperuntukan 2 buah kelas yang telah lengkap diubahsuai sepenuhnya pada penghujung tahun 2009. Justeru, golongan istimewa dapat belajar dan bersosial bersama para pelajar di aliran perdana dengan lebih yakin dan seronok.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perpatih
Pusat Bandar Palong 4,5 & 6,
73430, Gemas
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6064666362
Fax = 6064665711

Rujukan sunting

Pautan luar sunting