Sekolah Menengah Kebangsaan Sierramas

Sekolah Menengah Kebangsaan Sierramas ialah sekolah menengah kerajaan yang terletak di Jalan Hospital, Sungai Buloh, Gombak.


Sekolah Menengah Kebangsaan Sierramas
Lokasi
Jalan Hospital, Sungai Buloh, Gombak, Selangor Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan (2011-06-01) 1 Jun 2011 (umur 12)
Nombor sekolah0361402562
Kod sekolahBEA7622
PengetuaEn. Hashim bin Saryani @ Mohd Nor
Faks0361402572


Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Sierramas telah ditubuhkan pada awal tahun 2012. Sekolah ini yang diapit oleh Lingkaran Lebuh Raya Utara-Selatan dan Jalan Hospital ini bermula dengan sebahagian tanahnya ditanam dengan kelapa sawit oleh MALRA ( Persatuan Membantu Pesakit Kusta Malaysia ), sebahagian milik kerajaan untuk kuari dan sebahagiannya dimiliki oleh Bujung Estate. Dalam pada itu, kawasan ini juga diduduki oleh setinggan Melayu yang terdiri daripada lebih kurang 70-80 buah rumah. Pada awalnya, kampung ini dikenali sebagai Kampung Wak Kasmani kerana peneroka pertamanya bernama Kasmani. Apabila penduduk kampung menubuhkan UMNO, kampung ini telah didaftarkan dengan nama kampung Sentosa. Pada tahun 1997, kawasan ini telah dipindah milik kepada Syarikat Sierramas (M) Sdn. Bhd.

Sekolah Menengah Kebangsaan Sierramas telah ditubuhkan pada 1 Jun 2011, namun hanya dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2012. Sekolah ini terletak di Jalan Hospital bersebelahan dengan kemudahan seperti Hospital Sungai Buloh dan mempunyai keluasan 1.8 hektar. Pembinaan sekolah ini menelan belanja kos sebanyak RM 33.1 juta. Sekolah ini mempunyai 18 bilik darjah yang boleh memuatkan 45 orang pelajar di dalam setiap kelas dalam satu-satu masa. Selain itu, pelbagai kemudahan bilik lain juga turut tersedia antaranya, Bilik Bahan Bantu Mengajar (BBM), Bilik Sains dan Matematik, Bilik Pendidikan Seni dan Visual, Bilik Multimedia, Bilik Masakan Jahitan, Bengkel dan juga Pusat Sumber Sekolah.

Terdapat lima bangunan utama:

  1. Bangunan Pentadbiran Saidina Abu Bakar
  2. Bangunan Akademik Zaa'ba
  3. Bangunan Akademik Abdullah Munsyi
  4. Bangunan Makmal Al-farabi
  5. Bangunan Bengkel Ibnu Sina

Antara kemudahan lain:

  1. Kantin Bakawali
  2. Dataran Tun Seri Lanang
  3. Ruang Legar Bunga Mas

Pembinaan sekolah yang mengambil masa kira-kira tiga tahun ini berdepan dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Namun kini, sekolah ini tersergam indah dihadapan mata. Bagi memudahkan anak-anak permata SMK Sierramas menjalankan aktiviti kokurikulum, sekolah ini turut dilengkapkan dengan gelanggang permainan seperti gelanggang badminton, gelanggang bola keranjang dan bola jaring. Selain itu, terdapat padang yang boleh digunakan utnuk bermain futsal. Sepanjang tempoh beroperasi, pihak sekolah telah menerima beberapa sumbangan daripada orang perseorangan,ibu bapa, agensi swasta, JKKP Kampung Melayu Sungai Buloh dan lain - lain. Kini, harta sekolah yang terkumpul ialah PA Sistem, lima set komputer, sebuah radio dan sebuah LCD.