Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Puteri

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Puteri atau nama ringkasnya SMK Sungai Puteri, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 6, Jalan Sabak.

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Puteri
Lokasi
 Malaysia Km 6, Jalan Sabak, 26800, Kuala Rompin,, Pahang Darul Makmur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6094143032
Kod sekolahCEA8028
Faks6094143031


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Puteri memiliki 225 orang pelajar lelaki dan 205 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 430 orang. Ia mempunyai seramai 43 orang guru.2009

Sejarah sunting

Telah dibina secara rasmi pada hujung tahun 2002. Mempunyai 4 tingkat keseluruhan yang merangkumi kelas asas dan pendidikan khas. Kelas Aliran Sains pertama telah ditubuhkan pada Januari 2004 iaitu 4 Arif dan Aliran Sastera yang sama tahun diwujudkan. Selain itu,ianya mempunyai satu blok khusus untuk pembelajaran sains, biologi, fizik, dan kimia.

Pada 2002, pihak sekolah hanya menerima kemasukkan pelajar dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 2 sahaja sehingga pada awal 2003, kemasukan pelajar baru untuk Tingkatan 4 telah dibuka dan bermula pada tahun itu bilangan pelajar telah meningkat dari setahun sehingga ke hari ini.

Pencapaian sunting

- Pada tahun 2005, beberapa orang pelajar telah mewakili sekolah ke pertandingan bola tampar peringkat daerah Rompin dan telah mendapat tempat ke 2 keseluruhan dalam acara tersebut.

-Seorang pelajar lelaki pada 2010 mewakili negeri ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan bola sepak Pahang.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Puteri
Km 6, Jalan Sabak
26800, Kuala Rompin
Pahang, Malaysia
Telefon = 6094143032
Fax = 6094143031

Pautan luar sunting