Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra, Kedah


Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra atau nama ringkasnya SMK Tunku Putra, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Padang Matsirat, Langkawi. Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra memiliki 899 orang pelajar lelaki dan 1004 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1903 orang. Ia mempunyai seramai 116 orang guru.2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra
Lokasi
Padang Matsirat, 07100, Langkawi, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan (1958-01-05) 5 Januari 1958 (umur 66)
Nombor sekolah6049551384
Kod sekolahKEA6015
Faks6049555643

Sejarah sunting

SMK Tunku Putra berasal daripada sebuah sekolah rendah Inggeris. Sekolah ini bermula pada (1958-01-05) 5 Januari 1958 (umur 66) dengan penuntut seramai 33 orang. Ia merupakan sekolah rendah aliran Inggeris yang pertama di Langkawi. Sekolah Inggeris tersebut telah ditutup pada tahun 1964 kerana kekurangan pelajar.

Pada tahun 1967, sekolah rendah Inggeris ini dibuka dengan nama Sekolah Menengah Anika Jurusan. Seterusnya, pada tahun 1967 juga, sekolah ini ditukarkan namanya menjadi Sekolah Menengah Padang Matsirat.

Pada (1969-05-08) 8 Mei 1969 (umur 54), nama Sekolah Menengah Padang Matsirat ini, sekali lagi ditukarkan kepada Sekolah Menengah Tunku Putra. Upacara perasmiannya telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu.

Nama Tunku Abdul Rahman dipilih sebagai memperingati jasa beliau kepada negara serta penduduk Langkawi khususnya. Beliau mempunyai hubungan istimewa dengan Langkawi kerana beliau pernah berkhidmat sebagai pegawai daerah Langkawi pada tahun 1934 dan 1935. Seterusnya, dari 1959 ke 1970, beliau turut menjadi Ahli Dewan Rakyat bagi kawasan Kuala Kedah-Langkawi. Pada tahun 1997, nama sekolah ini ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra
Padang Matsirat
07100, Langkawi
Kedah, Malaysia
Telefon = 6049551384
Faks = 6049555643

Galeri sunting